Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa beberapa pekerjanya dilaporkan telah melakukan pecah amanah.
Lalu, pengasas kosmetik itu membuka ruang buat mereka yang berminat bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan untuk hadir ke sesi temuduga terbuka.
Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran buat dirinya dalam menguruskan syarikat, bapa kepada lima cahaya mata ini juga memberitahu lebih baik bagi dirinya untuk menguruskan hal yang lebih penting.
“Dalam perniagaan ni kita jgn terlalu percaya dgn kakitangan…kesilapan saya terlalu percaya pada staff…yg mulut manis belum tentu baik,yg kita nampak sombong belum tentu jahat.
Ads
“Hari ni saya ada meeting tergempar beberapa org pekerja saya pecah amanah.. nak tau siapa?? Biarlah rahsia.. Saya tak nak buka aib orang …biarlah ia jadi pengajaran bagi bg yg ada pekerja utk hati-hati.
“Cerita pasal orang ni x habis sebab diri kita lagi teruk…Jadi lebih baik saya diam je dari sibuk jaja cerita orang, maaf kami bz dgn urusan bisnes yg lebih penting.
Ads
“Disebbkan pekerja sy pecah amanah… Jadi saya ingin membuka peluang pekerjaan kepada anda yang berminat untuk menjadi personal asisten (pa) khidmat peLanggan,store keeper berminat sila dtg esok,” tulisnya sambil memberikan alamat lokasi temuduga.
Meski baru beberapa episod ditayangkan, namun drama bersiri terbaru yang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis nyata mendapat sambutan hangat pencinta drama tempatan.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).
Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta, yang disifatkan sebagai wanita tegas dengan memiliki ego yang tinggi.
Sementara Azlan pula ialah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta namun sentiasa menghadapi masalah bersama isterinya, Juweta.
Ruhila pula yang berpasangan dengan Ean, ditampilkan sebagai seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada sebelumnya.
Pada episod yang bersiaran pada Khamis, rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan tindakan Azlan, selain semua harta Juweta ‘hilang’ dalam sekelip mata termasuk anaknya, Mika (Isaac Iman).
Masing-masing memberikan reaksi terhadap kisah yang berlaku dan tidak sabar untuk menantikan apakah konflik dan kejutan yang bakal terhadi selepas ini.
Hal tersebut boleh ditinjau menerusi ruangan komen di Instagram Nad Zainal yang memaparkan fotonya sedang memeluk Mika.
“TERIMA KASIH, Dah dah…Sapulah air mata kalian. #takdiryangtertulis, pecah rekod ya harini tweet!,” tulis ibu hamil ini lagi.
Bersiaran sebanyak 15 episod, Takdir Yang Tertulis turut disokong oleh para pelakon lainnya seperti Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri dan ramai lagi.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar tahun 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.
Lagu berentak hip hop itu juga menjadi runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster yang ditayangkan pada tahun sama.
Terbaharu, Amiesyha atau nama sebenarnya, Ismar Amiesyha Ismail kini muncul dengan single terbaharunya iaitu sebuah lagu irama Latin iaitu Mirame.
Jelasnya, lagu tersebut sepatutnya menjadi single pertama buat dirinya dalam usaha mengejar impian menjadi seorang penyanyi.
“Pada tahun 2022, saya sempat merakamkan dua buah lagu iaitu Mirame dan Gegar. Bagaimanapun, lagu Gegar terlebih dahulu diterbitkan memandangkan ia jadikan sebagai OST untuk filem Daddyku Gangster.
“Kalau lagu sebelum ini (Gegar) berentak hip hop, untuk lagu ini saya memang inginkan ada ‘vibes’ Latino kerana saya cukup menggemari irama Latin,” katanya.
Pada masa sama, Amiesyha mengakui lagu Mirame ini sememangnya menjadi inspirasi buat dirinya untuk bergelar seorang penyanyi.
Malah, menerusi bait-bait lirik dalam lagu berkenaan, ia berkisarkan tentang kekuatan diri seseorang untuk tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif orang lain.
“Mirame adalah perkataan dalam bahasa Latin yang bermaksud ‘Look At Me’ (Lihatlah Saya). Ia adalah sebuah lagu hype yang beritahu kepada pendengar, sejauh mana orang tak suka kepada kita, kita tak perlu hiraukan apa yang nak kata. Biarlah orang lihat sendiri bakat dan kebolehan kita.
“Macam saya sendiri, apabila nak menjadi penyanyi memang ada segelintir yang skeptikal… yang persoalkan siapakah saya yang tiba-tiba nak jadi penyanyi. Jadi, saya tak perlu hiraukan pandangan sebegini dan saya mahu menjadi diri sendiri,” jelasnya lagi.
Mengenai harapannya terhadap single Mirame, Amiesyha menyatakan agar lagu baharunya itu dapat diterima pendengar.
Mirame yang merupakan lagu ciptaan dan lirik oleh Dato Ayu Omel dan Budakbro, kini sudah boleh didengar di semua platform digital serta saluran YouTube D’Ayu Music.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (KOPELEM), Datuk Ayu Puteh menyeru para penerbit untuk membuat pinjaman bagi menerbitkan sesebuah naskhah menerusi saluran yang betul.
Datuk Ayu berkata, dia tidak terkejut sekiranya ada segelintir penerbit mengambil jalan untuk meminjam daripada Ahlong misalnya demi memenuhi tawaran yang diberikan oleh pihak stesen televisyen.
Malah, tindakan itu boleh berlaku susulan masalah serta syarat kurang bersesuaian yang dikenakan oleh pihak bank bagi membolehkan golongan penerbit membuat pinjaman.
“Bila situasi itu terjadi, mungkin ada penerbit yang terpaksa pinjam Ahlong bila mereka perlu menyiapkan drama mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen tempatan.
“Bila LO keluar, pihak penerbit perlu siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak stesen,” katanya.
Pemilik rumah produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu berkata demikian sejurus Majlis Perasmian Koperasi Penerbit Filem Malaysia Berhad (KOPELEM) di Finas, Hulu Klang, pada Ahad.
Tambahnya lagi, dilema itu bukan lagi masalah kepada penerbit apabila pihak kementerian telah meluluskan kemudahan pinjaman pembiayaan melalui koperasi berkenaan.
Perkara itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang merasmikan KOPELEM dalam satu majlis semalam.
Oleh yang demikian, para penerbit drama dan filem digalakkan menyertai KOMPELEM bagi mendapat manfaat termasuk pinjaman bagi menjayakan projek mereka.
“Sertai kami dan jangan pinjam Ahlong. Kita di KOMPELEM mahu membantu ahli supaya mudah mendapatkan pinjaman tanpa syarat yang mengekang seperti pihak kewangan yang lain.
“Malah dengan koperasi ini juga ahli mendapat banyak peluang termasuk dana yang ditawarkan kerajaan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ayu mewakili semua jawatan kuasa Kopelem melahirkan rasa syukur apabila usaha selama lima tahun bagi menubuhkan Kopelem akhirnya menjadi kenyataan.
Justeru, pelbagai proses perlu dilakukan dalam usaha menjadikan KOPELEM satu realiti dalam usaha mewujudkan rangkaian bagi memudahkan golongan penerbit di negara ini.
“Kami berharap mendapat sokongan semua pihak dan saya juga berbangga dengan kesemua jawatan kuasa yang dilantik kerana masing-masing mendukung tujuan membantu sesama ahli,” katanya.
Terdahulu Noh turut mengumumkan kementerian memberikan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan.
Pada mesyuarat agung permulaan KOPELEM, Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi dilantik sebagai Pengerusi KOPELEM.
Turut dilantik ialah Datuk Nancie Foo sebagai Bendahari manakala Setiausaha disandang Zahrin Ishak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!