“Hari ni Ada Meeting Tergempar, Beberapa Orang Pekerja Saya Pecah Amanah,” – Aliff Syukri Pesan Dalam Perniagaan Usah Terlalu Percayakan Kakitangan

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa beberapa pekerjanya dilaporkan telah melakukan pecah amanah.

Lalu, pengasas kosmetik itu membuka ruang buat mereka yang berminat bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan untuk hadir ke sesi temuduga terbuka.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran buat dirinya dalam menguruskan syarikat, bapa kepada lima cahaya mata ini juga memberitahu lebih baik bagi dirinya untuk menguruskan hal yang lebih penting.

“Dalam perniagaan ni kita jgn terlalu percaya dgn kakitangan…kesilapan saya terlalu percaya pada staff…yg mulut manis belum tentu baik,yg kita nampak sombong belum tentu jahat.

“Hari ni saya ada meeting tergempar beberapa org pekerja saya pecah amanah.. nak tau siapa?? Biarlah rahsia.. Saya tak nak buka aib orang …biarlah ia jadi pengajaran bagi bg yg ada pekerja utk hati-hati.

“Cerita pasal orang ni x habis sebab diri kita lagi teruk…Jadi lebih baik saya diam je dari sibuk jaja cerita orang, maaf kami bz dgn urusan bisnes yg lebih penting.

“Disebbkan pekerja sy pecah amanah… Jadi saya ingin membuka peluang pekerjaan kepada anda yang berminat untuk menjadi personal asisten (pa) khidmat peLanggan,store keeper berminat sila dtg esok,” tulisnya sambil memberikan alamat lokasi temuduga.


Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
MH