Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 40 tahun ini mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.
Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulisnya.
Sebelum ini, Ashraf juga pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“ASB Semua Kering Kau!,” – Selepas 10 Tahun, Achey Gembira Dalam Syukur Miliki Rumah 3 Tingkat. Jual 4 Buah Motor, Isteri Sama Bantu
Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
View this post on InstagramAlhamdulillah… dapatkan @sugarbombhq
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Travel Ke Los Angeles & New York, Daiyan Trisha Luah Kesyukuran Dapat Tunai Umrah Di Bulan Mulia
Menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah merupakan impian bagi setiap umat Islam lebih-lebih lagi di bulan suci Ramadan.
Perkara itu turut menjadi antara wishlist penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, yang akhirnya berkesempatan menjejakkan kaki ke Mekah buat pertama kali dalam seumur hidupnya.
Berkongsikan momen manis itu, Daiyan berkata jika sebelum ini dia selalu menghabiskan masa bekerja di luar negara terutamanya ke Los Angeles, New York dan Seoul tapi kali ini pengalaman menjejakkan kaki ke Mekah merupakan satu perkara yang paling ditunggu-tunggu dalam hidupnya.
“Buat sesiapa yang mengikuti saya di Instagram pasti tahu yang saya selalu berada di bandar-bandar lain setiap minggu ketika zaman sebelum Covid-19 menyerang dunia.
“Saya akan berada di New York dan Los Angeles lima atau enam kali setahun, seminggu di Seoul dan Tokyo di minggu kemudiannya.
“Saya lebih banyak berada di luar negara berbanding di Malaysia. Menggembara merupakan perkara yang memang sangat-sangat saya tunggu pada ketika itu,” tulis Daiyan.
Selepas dua tahun pandemik dan dibolehkan terbang ke luar negara, satu perasaan belum bersedia untuk menggembara timbul di fikiran penyanyi lagu Penat ini.
Namun, tiba-tiba hatinya terdetik untuk berkunjung ke tanah suci dan memanjat kesyukuran kepada Allah kerana telah membukakan hatinya untuk ke sana pada bulan mulia ini.
“Selepas kebenaran untuk keluar negara kembali diluluskan kerajaan, tiba-tiba saya rasa tidak bersedia. Ada sahaja benda yang menghalang saya, sama ada saya terlalu sibuk atau sudah banyak rancangan lain pada ketika itu yang membuatkan saya belum bersedia untuk kembali terbang ke negara luar.
“Dan tanah suci membuka hati saya untuk tujuan itu. Tempat yang paling cantik untuk kita kunjungi. Tempat yang saya tak pernah jejakkan kaki tapi saya merasakan seperti sangat merindukan tempat tersebut.
“Ya Allah ya tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu-Mu dalam bulan yang mulia ini,” tulis Daiyan lagi.
Semoga Daiyan memperolehi umrah yang mabrur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rosyam Noor Kongsi Perihal Nyamuk, Makhluk Kecil Seberat 0001 Gram Bukti Kekuasaan Allah SWT
Perkongsian makhluk kecil ini menerusi entri terbaru Datuk Rosyam Noor di Instagram cukup membuka mata.
Dilihat sebagai serangga pembunuh dan penghisap darah, namun kewujudannya adalah bagi membuktikan kekuasaan Allah dan menambah keimanan dalam diri.
Siapa menyangka di sebalik tubuh seberat 0001 gram ini, terdapar 100 mata, 48 gigi, 3 jantung dan memiliki alat pencair darah tersendiri.
“MENARIK NI BACA SAMPAI HABIS. PASAL NYAMUK
“Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali!
“Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata..
Berat nyamuk yg hanya 0,001 gram.
“Di mulutnya ada 48 gigi
Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium,2 bilik jantung ,dan 2 katup jantung.
“Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas
Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya.
“Memiliki alat pencair darah krn darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar boleh mengalir di belalai nyamuk,dia mengambil contoh darah dulu baru mula menggigit.
“Juga memiliki alat pembius sehingga org yg di ambil darahnya tidak merasa sakit saat proses pengambilan darah,beberapa detik kemudian barulah efek bius itu hilang.
“Dan… Belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau! 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah.
“Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yg licin.
“Masya Allah semoga nyamuk yg kecil ini boleh menambah keimanan kita kpd Allah, aamiin yaa Rabbal ‘aalamiin.
“Firman Allah Ta’ala ; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MALU MEMBUAT PERUMPAMAAN SEEKOR NYAMUK ATAU YANG LEBIH KECIL DARI ITU. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA TAHU BAHWA ITU KEBENARAN DARI MAHAPENCIPTA. TETAPI MEREKA YANG KAFIR BERKATA, “APA MAKSUD ALLAH DENGAN PERUMPAMAAN INI ? DENGAN PERUMPAMAAN ITU BANYAK ORANG YANG DIBIARKAN-NYA SESAT & DENGAN ITU BANYAK PULA ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK. TETAPI TIDAK ADA YANG DIA SESATKAN DENGAN PERUMPAMAAN ITU SELAIN ORANG-ORANG FASIK.
(Al Baqarah-26),” kongsi pelakon ini.
View this post on InstagramA post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on
Semoga perkongsian ini menambahkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah SWT.
Foto : Instagram Rosyam Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI