“Hari Ni First Day Start Gym 2019,”- Rupanya Ini Sebab Ahya Rosli Lama Tak ‘Buat Badan’

Share

Pelakon dan model, Ahya Rosli mengakui bahawa dia sudah lama tidak ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal.

Baginya, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum ini.

Sekali gus membuatkan pelakon berusia 32 tahun itu sering kali gagal untuk luang masa berkunjung ke gimnasium.

“Selepas setahun tak pergi gym sebab preparation kahwin,honeymoon lepas tu kena balik kl sebab nak ramadhan. Ni tengah mood raya lagi, hari ni first day start gym year 2019.

“Bulan July dah banyak #fashionshow booked. Lama juga Ahya cuti hehe. Have a gryday everyone!,” tulis anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri ini lagi.

Terdahulu selain membintangi beberapa buah drama dan iklan, Ahya turut aktif bergelar model peragaan.

Foto : Instagram Ahya Rosli

Published by
MH