
Betapa besarnya kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Meski cekal dan tabah dengan dugaan kehidupan, namun jauh di sudut hati penyampai radio Issey Fazlisham masih terkesan bila ibu tercinta pergi buat selamanya.
Terbaru, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut, Issey telah berkongsi kisah hidupnya selepas arwah ibu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
“Aku tak pernah post video ni di ig aku. Aku tak kuat. Hari ni genap 2 bulan dia pergi. 2 bulan aku dah tak dengar suara dia.Ma. I miss u,” tulisnya.
Kongsi Issey, hampir setiap hari dia sering merindui dan teringat kembali kenangan bersama arwah ibunya.
Di samping itu, peminat memberi kata-kata semangat buat Issey agar terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Bak kata pepatah melayu, kasihnya ayah sepanjang masa, kasihnya ibu membawa ke syurga.
Video: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Paksa Orang Jadi Kaya. Jangan Sombong…,” – Afdlin Shauki

Berkongsi renungan kata-kata di laman Instagram miliknya, setiap bait yang tertulis menjentik rasa di ruang paling dalam.
Jelas pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, setiap orang punya sebab tersendiri dalam menjalani kehidupan.
Memetik petikan berkenaan, jangan sesekali memaksa seseorang menjadi kaya dan menggambarkan kekayaan sebagai bukti kejayaan.
“Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu.
“Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion.
“Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap hari. Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.
“Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolag semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih ‘makan gaji’ itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup.
“Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih jadi suri rumah tangga sepenuh masa itu ‘loser’. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya,” kongsinya.
Jelasnya lagi, setiap kejadian manusia berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza.
“Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain,” ulas Afdlin lagi.
View this post on Instagramjangan SOMBONG.. . shaukitv.com @spontanjuice
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Muat naik posting ini menerima reaksi pelbagai netizen dan rata-rata bersetuju dengan perkongsian ini.
Foto : Instagram Afdlin Shauki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum PKP, Saya Ada Pengalaman Hidup Mengerikan,” – Syukur Kerjaya Belum Berkubur, Fasa Pandemik Ubah Perspektif Balkisyh Semundur Khan

Pelakon, Balkisyh Semundur Khan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk kembali mewarnai industri seni tanah air meski pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini.
Menurut Balkish,35, dia yang tidak dapat menahan sebak menjelaskan, pengalaman hidup yang mengerikan sebelum ini telah membuatkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon.
“Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna.
“Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada MH.
Balkish berkata sedemikan di sidang media drama Lockdown secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Balkish turut memberithau, kehidupannya juga telah banyak berubah sejurus menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan.
“Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya.
“Dah jadi takdir Allah nak ubah rezeki saya dan kebetulan pula sewaktu PKP kita tak boleh berniaga dan tiada pendapatan yang masuk. Dengan kuasa Allah, Dia ubah segalanya. Berkakhirnya PKP 1.0, saya terima pelbagai tawaran drama.
“Drama Lockdown ini merupakan drama pertama saya selepas lama berehat. Saya sendiri tak sangka. Perancangan Allah itu seperti mengatakan dia mahu saya berlakon semula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Balkish turut menyifatkan fasa ‘lockdown’ banyak mengajarnya untuk kembali insafi diri.
“Hikmah PKP ini seperti Allah nak beri saya tempoh bertenang. Pandemik ini mengajar saya supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan mengenai orang sekeliling.
“Tempoh pandemik ini banyak menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Disebabkan itu saya melakonkan drama Lockdown ini dengan sepenuh hati,” akhirinya.
Lockdown merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Selain Balkish, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHTRIVIA 7 Hal Fasal Pelakon Adam Lee, Sepupu Janna Nick Yang Diramal Bakal Jadi Hero TV Baru. Rupanya Dia Ni…

Mungkin masih ada yang cukup mengenali pelakon, Adam Lee yang kini sibuk menjalani penggambaran drama rantaian, Pengantin Musim Salju di samping Alif Satar dan Siti Nordiana ini.
Meski sudah beberapa tahun terlibat secara serius dalam lakonan, hanya baru-baru ini saja namanya kian ‘memancing’ perhatian ramai. Jadi jom ikuti trivia mengenai jejaka bertubuh sado ini yang dirangkum MH.
Biodata
Nama: Muhamad Arif Adam Muhamed Fadlee
Nama Komersial: Adam Lee
Tarikh Lahir : 26 Oktober 1994
Zodiak: Scorpio
Sepupu Janna Nick!
Kalau nak tahu, Adam merupakan sepupu kepada bintang popular, Janna Nick dari sebelah bapanya. Katanya, Janna merupakan individu bertanggungjawab yang banyak mengajar dan memberi sokongan buatnya untuk terus fokus dalam lakonan. Dalam keluarga, Adam memanggil Janna dengan gelaran ‘Angah’.
Bakal Berlakon Filem Ketiga
Katanya kepada MH, dia baru sahaja mendapat tawaran untuk berlakon di dalam sebuah filem. Bagaimanapun, Adam belum boleh kongsinya secara terperinci memandangkan ia masih di peringkat awal perbincangan. Kalau jadi, ia bakal menjadi filem ketiga lakonan Adam. All the best!
Pernah Hadiri Uji Bakat Hero REMAJA
Tahun lalu, aktor berusia 24 tahun ini pernah menghadiri uji bakat Pencarian Hero Remaja. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelakon tinggi lampai ini untuk tersenarai di kalangan finalis.
Mula Dikenali Menerusi Drama Episod
Merakam perjalanannya dalam lakonan, Adam memberitahu sejak tampil menerusi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora, namanya kian dikenali dan sejak itulah, tawaran berlakon yang diterima kian meningkat. Namun, Adam tidak kisah andai diberikan watak sampingan yang boleh mencabar kemampuan diri kerana baginya, setiap peranan yang diberikan adalah antara proses pembelajaran yang boleh meningkatkan skil lakonan.
Pernah Berehat Daripada Lakonan
Memulakan kerjaya lakonan sejak berusia 19 tahun lagi, Adam pernah berehat lebih setahun dalam lakonan kerana tidak nampak potensi dalam bidang berkenaan. Katanya, untuk mengejar cita-cita sebagai pelakon, dia perlu kuat, gigih dan terus berusaha. Alhamdulillah, kini jalannya dalam lakonan kian cerah dan pastinya Adam cuba memberikan yang terbaik selepas ini.
Diramal Bakal Jadi Hero Baru?
Bila ada peminat yang ramalkan dirinya akan menjadi salah seorang hero baru, Adam menyifatkan pujian yang diberikan akan tinggi. Bagaimanapun, dia berterima kasih terhadap setiap pujian dan dorongan yang diterima dari peminat. Pada masa sama, aktor ini juga turut mengharapkan agar peminat dapat memberikan kritikan membina demi peningkatan kerjayanya.
Foto: Instagram Adam Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI