“Hari Ni Genap 2 Bulan Dia Pergi,”- Menitis Airmata, Issey Fazlisham Merindui Arwah Ibu

Share

Betapa besarnya kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Meski cekal dan tabah dengan dugaan kehidupan, namun jauh di sudut hati penyampai radio Issey Fazlisham masih terkesan bila ibu tercinta pergi buat selamanya.

Terbaru, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Rakaman video tersebut, Issey telah berkongsi kisah hidupnya selepas arwah ibu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

“Aku tak pernah post video ni di ig aku. Aku tak kuat. Hari ni genap 2 bulan dia pergi. 2 bulan aku dah tak dengar suara dia.Ma. I miss u,” tulisnya.

Kongsi Issey, hampir setiap hari dia sering merindui dan teringat kembali kenangan bersama arwah ibunya.

Di samping itu, peminat memberi kata-kata semangat buat Issey agar terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Bak kata pepatah melayu, kasihnya ayah sepanjang masa, kasihnya ibu membawa ke syurga.

Video: Instagram Issey Fazlisham

Published by
Nazar Rafiqhi