Penerbit dan pengarah, Jinggo mengakui berasa amat berbanggga dengan pencapaian anak keduanya, Luth Mikhail yang kini telah pun menggalas tanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif di restoran perusahaannya.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, cabaran untuk mendidik anaknya itu bukanlah mudah namun dia bersyukur kerana segalanya telah pun membuahkan hasil.
Katanya lagi, dia bersama isterinya yang juga merupakan pelakon dan pengarah, Shiela Rusli telah berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan anaknya itu mencapai potensi sebenarnya.
“20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengagah dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari marahkan dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap hari menjaga dia. 20 tahun teman dengan sis tetiap ari mengacor dia.
“20 tahun teman dengan sis tetiap ari berguro dengan dia. Doh 20 tahun teman dengan sis nengok dia depan mata tapi 2 hari ni terasa benor 20 tahun itu telah berlalu bila @luthmikhail20 udoh bergelor MR CEO @thedimsumplacekl. Papa ngan mama proud of you Mikha,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Entri berkenaan turut dilihat mendapat reaksi daripada tuan empunya badan;
“Alaa papa, relax la. Sedih sangat buat apa. Ini untuk legasi you juga,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Luth Mikhail akan terus sukses pada masa akan datang.
“Syukur Alhamdulillah, terbaik Tok Sidang dan Sis.
“Alhamdulillah, tahniah Mikha.
“Terbaik Mikha, Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus berjaya dunia akhirat.
“Terbaik, didikan bapa membuahkan hasil. Syabas anak muda.
“Mikha anak papa dan mama yang hebat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 1996 dan telah dikurnikan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikail dan Uzair Haqimy.
Sumber: Instagram Jinggo & Luth Mikhail