Selepas 30 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria memaklumkan anak mereka kini sudah pun menunjukkan perkembangan positif.

Malah kongsinya menerusi Instagram, Muhammad Danial Firman Faizal atau lebih sinonim dipanggil Baby D dilihat terus kuat.

“Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif.

“Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual2 dengan Baby D, nak pegang tangan…rindu sgt2.

“Abah & Mama x nak baby D sunyi..Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang,” tulisnya.,

Ads

Faizal pada masa sama turut memberitahu dia dan isteri kian lega atas situasi baik yang dialami permata hati mereka.

“Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama.

“Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul.

Ads

“Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang.

“Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D.

“NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu…yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang.

Ads

“Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah…Love U Sayang. InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan,” tulisnya panjang lebar.

Bayi lelaki yang itu dilahirkan pada 27 September lalu dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaiti Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

View this post on Instagram

Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif. . Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual2 dengan Baby D, nak pegang tangan…rindu sgt2 . Abah & Mama x nak baby D sunyi..Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang . Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama. . Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul . Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang . Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D. . NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu…yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang . Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah…Love U Sayang . InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan.

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Foto: Instagram Faizal, Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI