Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teruja malah tidak menyangka apabila bakal sepentas dengan maestro muzik terkenal India, AR Rahman sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Menurut Siti, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka yang seterusnya membuka peluang mencipta momen indah dalam kerjaya seni masing-masing.
“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia.
“Saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan tersebut.
“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.
Ads
“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, terus bersetuju,” katanya.
Pada konsert terbabit, Siti bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil hasilan AR Rahman.
“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.
“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.
Ads
“Lagu yang bakal disampaikan nanti adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul,” katanya yang berharap agar perjalanan persembahan nanti dipermudahkan.
Terdahulu, selepas enam tahun, AR Rahman, 56, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Siti, konsert yang dipersembahkan DMY Creation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan artis India yang terkenal di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas seminggu, pelakon Amanda Misbum akhirnya mendedahkan nama cahaya mata bongsunya. Diberi nama Abdul Haqq Hairulzain, bayi comel itu dilahirkan pada 29 Mac, tepat jam 1.34 petang.
Perkongsian tersebut dibuat pelakon Cinta Bukan Kristal ini menerusi Instagramnya, awal beberapa jam lalu sebelum majlis tahnik dilangsungkan.
Sementara itu, Amanda turut memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiganya itu yang berjalan dengan lancar.
“Bismillahirahmanirahim.. syukur alhamdulillah, yang dinantikan telah pun tiba pada hari Jumaat, 1.34pm 29.03.2019 dengan berat 3.2kg selepas 37minggu membesar dalam perut mom.. syukur mom & baby are all well and healthy.. terima kasih atas doa-doa kalian.. moga Allah balas dengan segala kebaikan didunia & diakhirat, aamiin,” tulisnya seminggu lalu.
Amanda yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun mendirikan rumah tangga dengan Hairulzain Fauzi pada 2012 dan turut memiliki dua cahaya mata iaitu Qisya dan Abdul Khaliq.
Foto: Instagram Amanda Misbun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana yang kini sedang hamil anak pertama mengakui dirinya terlalu memikirkan mengenai proses bersalin yang bakal dihadapi.
Katanya, macam-macam perkara bermain di fikiran dan kerana itu, permaisuri hati pelakon, Nadzmi Adhwa ini ada meminta pengalaman bersalin dari kalangan ibu di Instagram.
“Honestly… im so scared to give birth. And ya during my pregnancy journey, i keep on thinking thinking and thinking and end up air mata tumpah sendiri nangis.
“Macam- macam la bermain di otak. Antara salah satu nya, Macam mana kalau tiba2 terberanak kat dalam kereta / air ketuban tiba2 pecah sendiri?
“Pastu macam mana agak nya suasana (masuk labour room nanti) macam mana rasa sakit saat tu? Kalau semua ibu-ibu tak kisah, boleh share pengalaman bersalin? Sebab lain orang lain pengalaman nya (mata ni rajin nak membaca pagi ni) sambil tangan mengait 1st batch yang oder topi baby.
“Sharing dari anda mungkin, Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni (biasa lah time hujung2 ni la emosi pasang surut) kadang gelak, kadang nangis, kadang marah, kadang pengsan, kadang malas melampau, kadang asik nak tidur je, macam2 kadang-kadang yang terjadi,” tulisnya panjang lebar.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara peminat yang turut berkongsi cerita serta pengalaman masing-masing dan ia turut mendapat respon Ardell.
Malah, rakan selebriti seperti Elly Mazlein turut memberikan kata positif dan semangat buat bakal ibu itu.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah pihak perempuan di Seri Kembangan, Selangor.
Foto: Instagram Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Hanis Zaikha ada berkongsi tips dan kaedah yang dirasakan paling ampuh bagi mengatasi masalah ruam di kalangan bayi baru lahir.
Terdahulu, permata hati kedua kesayangan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen dilahirkan pada 24 Mei lalu.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini pada awalnya ada mengalami ruam pada pipinya, tumbuh biji-biji halus kecil, kemerahan dan melecet pada pipi.
“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya,” tulis Hanis lalu menyenaraikan lima langkah mengekangnya.
Lima langkah tersebut ialah;
1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.
2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.
3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.
4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.
5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam/bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.
Semoga apa yang disampaikan dari ibu kepada dua cahaya mata ini boleh membantu pasangan suami isteri yang baru melahirkan, insyaAllah.