“Hari Tu Daddy Dia Koyak, Hari Ni Emosi I Koyak Rabak Hancur Berderai,” – Nad Zainal Kongsi Situasi Pilu Anak Diserang Asma

Share

Pelakon, Naz Zainal meluahkan rasa ebak apabila anaknya, Fahd Ibrahim terpaksa ditahan di wad selelas diserang asma.

Kejadian tersebut berlaku apabila Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin tiba di Malaysia semalam selepas bercuti ke Jepun selama beberapa hari.

Nad menerusi akaun Instagramnya memberitahu dia tidak menyangka dengan apa yang terjadi.

“Im sorry sayang….Kami ingat kami yang rindukan awak.. Kami di sana ingat awak tak peduli kami tak ada dengan awak..

“Yem mesti ok je kita tak ada, asal dia pergi school atau berjalan dia tak ingat kita dah.. kita je ingat dia…,” tulisnya.

Bagaimanapun, ternyata sangkaan tersebut meleset.

“Rupanya….Atok Nenek cerita dia pegang baju mummy dia peluk sebut mummy.. and dance depan tv sebut mummy daddy..

“Kalau haritu Daddy dia koyak..Harini emosi i koyak rabak hancur berderai..Rasa berdosa dan pentingkan diri pun ada…Konon nak ada masa berdua, yelah bila kerja busy, bila balik akan focus Yem, laki pulak kesian.. tapi tak apa.. jadikan pengajaran..
“Buat je trip macam yang sebelum ni, bawa Yem.. barulah dua-dua pihak tak merana jiwa…,” kongdi Nad lagi.
Sementara itu, Nad menerusi entri sama turut memaklumkan asma yang dihidapi anaknya itu kisn beransur pulih.
“By the way, asthma Yem dah ok sedikit, masih perlu dipantau.. terima kasih mendoakan. Doakan kami segera checkout dari hospital… dari Jepun terus ke hospital. Rindu katil rumah,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram Nad Zainal

Published by
Rafiq Mazlan