Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhi dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.
Memetik laporan Sinar Harian, hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.
Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu menyifatkan keputusan tersebut adalah sesuatu yang pelik dan merupakan hari yang gelap buat sistem perundangan.
“Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).
“Itu sesuatu yang sangat pelik,” katanya ketika dipetik Kosmo Online.
Justeru, kata Yasin, dia akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.
Ads
Dalam pada itu, Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.
Beliau menegaskan, pihaknya percaya Yasin tetap tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan yang diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen.
“Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya.
Ads
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kes kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Ads
Pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Pada 29 November 2023, Yasin dilepas dan dibebaskan atas tiga kes dadah itu, namun mahkamah mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh perkenan Sultan Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo, Sinar Harian & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biar pun sudah lama tidak menceburkan diri dalam dunia seni sejak berhijrah ke luar negara. Nama Azah Aziz tetap menjadi perhatian di Malaysia dek auranya sebagai seorang pelakon yang masih kuat sehingga kini.
Kembali pulang ke tanah air secara tetap setelah 20 tahun merantau ke Kanada, ramai peminat yang menantikan kemunculannya di kaca televisyen. Tidak kurang yang memintanya untuk kembali aktif.
Baru-baru ini dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya. Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi kenangan ketika dia mula-mula berjinak sebagai seorang model dan juga pelakon.
Memuat naik dua gambar muka hadapan Majalah Remaja, Azah berkongsi, “Ada peminat hantar gambar ni kepada saya. Ok kita throwback dan simpan di sini buat kenangan.”
Berbicara lebih lanjut mengenai kenangan melakukan penggambaran muka hadapan majalah tersebut, Azah berkongsi yang bermula dari situlah rezekinya sebagai anak seni semakin bertambah.
“Di sinilah bermulanya karier saya sebagai model. Selepas first cover terus dapat banyak offer sebagai model komersial. Jadi ada sesiapa kenal mana-mana agensi di Kuala lumpur? Saya nak cuba kembali menjadi model komersial, jadi emak-emak pula kan,” kongsinya lagi.
Gambar dua majalah yang dikeluarkan pada tahun 1988 dan 1990 itu mendapat lebih tiga ribu tanda suka dan pelbagai reaksi serta komen daripada peminat.
Ketika muncul sebagai wajah hadapan Majalah Remaja pada 1988 wanita berkulit hitam manis ini baru berusia 16 tahun. Manakala ketika kali kedua menjadi wajah hadapan Majalah Remaja pada tahun 1990 pula sempena dirinya sebagai salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja 1990/91.
*** Kini pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja kembali lagi. Terbuka kepada individu berusia 18 ke 25 tahun. Uji bakat bakal bermula pada 26 Ogos ini bertempat di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.remaja.my/herodewi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Atiq Azman memaklumkan dirinya mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kepala selepas terlibat dalam satu insiden yang tidak diduga.
Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia sedang mandi di sungai, dua hari lalu.
Malah bintang drama Nur ini turut berkongsi foto sejurus menerima beberapa jahitan di bahagian luka tersebut.
“For those yg tanya Atiq kenapa tak update and active sangat these few days, sebab ada satu tragedi yg jadi masa Atiq mandi sungai 2 hari lepas,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati supaya perkara yang buruk tidak berlaku.
Di samping itu, Atiq memohon orang ramai mendoakan buat dirinya agar sembuh dan pulih seperti sediakala.
“Be carefull okay guys kat mana mana pun korang, pls be carefull sbb kita tak tahu benda macam ni boleh jadi, yang penting sebelum buat apa apa doa and bismillah dulu,
“And jangan buat benda yg lain dari lain sangat, pesanan ni untuk diri Atiq juga. Doakan Atiq cepat sembuh ya guys,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram.
Sepotong video tular di media sosial apabila dua individu melakukan perbuatan kejam terhadap seekor kucing betina yang sedang bunting.
Dipercayai kucing berkenaan adalah seekor kucing terbiar di kawasan sekitar.
Video yang dirakam menerusi CCTV di Taman Gombak Ria, Kuala Lumpur itu memaparkan individu berkenaan memasukkan kucing betina ke dalam mesin pengering.
Video berudrasi 2 minit 50 saat itu memaparkan kedua- dua individu tersebut meninggalkann begitu sahaja kedai dobi berkenaan selepas mereka mencuci baju.
Walaubagaimanapun, seorang pelanggan dobi yang terkejut melihat bangkai kucing berlumuran darah di dalam mesin basuh itu.
Rata-rata netizen telah memberikan komen yang pelbagai dan berangapan bahawa kedua-dua mereka tidak berperikemanusian.
Setiap perbuatan keji dan terkutuk pasti akan mendapat balasan.
Video : YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media...