Pelakon dan penyampai radio Aishah Sinclair meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian abang tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada 4.51 pagi, pada Selasa.
Menerusi Instagram milik Aishah, penyampai radio ini mendoakan agar roh arwah abangnya berehat dengan tenang.
“Tempat berehat terakhir buat kamu (arwah). Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arwah abang saya.
“Ia hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga pernah lalui.
“Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sedih dengan pemergian selamanya bintang filem Gol & Gincu itu.
Pada masa sama, netizen tidak putus-putus menitipkan ucapan salam takziah kepada Aishah sekeluarga.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, petang semalam.
Ashraf meninggalkan seorang balu, pelakon Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Aishah Sinclair