Harith Iskander Berkongsi Kebimbangan Dr Musa Nordin Akan Jangkitan Kluster Lebih Besar Dari Warga Asing

Share

Pelawak dan hos, Harith Iskander berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Dr Musa Nordin mengenai empat fakta yang harus dititikberatkan dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia.

Jelas Dr Musa, barisan menteri seharusnya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan kepada rakyat dengan mengadakan jarak sosial, dan tidak sekali-kali membuat kempen dengan sekumpulan besar pertahanan yang kemudiannya disiarkan di kaca televisyen.

Dia turut menegaskan sekatan secara tegas harus diadakan di kawasan merah kes jangkitan Covid-19 tanpa membenarkan mana-mana individu keluar mendapatkan barangan asas.

Malah isu kuarantin diri sendiri di rumah disifatkan sebagai tidak berjaya kerana ia hanya merisikokan keluarga. Jelasnya, individu yang pulang dari luar negara harus diasingkan di tempat tertentu, bukan pulang ke rumah dan kuarantin diri.

Dia memberi contoh yang berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang individu dikuarantin di rumah bersama tujuh anggota keluarga dan telah menyebabkan empat anggota keluarga meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Dr Musa turut meluahkan kebimbangan terhadap negara jiran, Indonesia. Luahnya Indonesia bagaikan ‘time bomb’ yang boleh meletup bila-bila masa akibat Covid-19. Dia meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperketat kawalan di sempadan agar tiada kemasukan haram warga Indonesia ke Malaysia yang akan menyebabkan risiko jangkitan kluster yang lebih besar.

“Dato Dr Musa Nordin (KPJ) Recorded March 23rd

“The passion is obvious. The concern is real. @drmusanordin examples are clear (family isolation at home of persons returning from overseas doesnt work) and most interesting to me is his third point about Indonesia being a time bomb and the possibility of illegal migration through our borders (I include sea as well as air) of infected carriers … a point I think we all need to start thinking about.
Stay safe!
#FightCovid19
#stayhome,” kongsi pelawak itu.

Terbaru, lebih 200 pendatang tanpa izin (PATI) terdiri daripada etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Kampung Teluk Nibong, di Langkawi, hari ini.

Etnik Rohingya terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan itu ditahan jam 8.45 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menyiasat aduan dibuat PATI mengenai pembabitan empat individu sebagai dalang dalam kes penyeludupan migran itu.

Foto : Instagram Harith Iskander

Published by
Noraini Abd Wahab