Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihannya, Syed Hariz.
Perkara itu turut disahkan kakak Afifah, Anzalna yang memaklumkan majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri kedua-dua belah keluarga dan sahabat terdekat di kediaman keluarganya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor kira-kira jam 8 malam.
Bersyukur kerana majlis berjalan seperti yang dirancang, Anzalna turut menjelaskan keluarganya senang dengan personaliti lelaki berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar semalam. Insya-Allah mereka sudah merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas ini.
“Kami satu keluarga menyukai keperibadian Hariz yang sangat ‘gentleman’ dan berbudi bahasa. Malah sikapnya sama seperti suami saya yang sopan-santun.
Ads
“Semoga adik saya dipertemukan dengan insan yang tepat, sama seperti apa yang saya miliki sekarang,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Afifah memuat naik beberapa gambar dilamar kekasihnya di sayap sebuah pesawat ringan apabila menerima sebentuk cincin dan sejambak bunga.
Ads
Pada hantaran sama, Afifah menulis ucapan istimewa dipercayai sinbolik kepada lamaran diberi Syed kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz dilihat terharu apabia berpeluang bertemu seterusnya mengisi masa dengan abang kandungnya selepas 20 tahun.
Di dalam sepotong foto yang dikongsi bintang berusia 50 tahun itu, Azah atau nama penuhnya Noazah Aziz berpeluang berjumpa insan tersayang apabila pulang ke tanah air, baru-baru ini.
Selain abang, Azah turut menziarahi kakak kandungnya yang juga sudah empat tahun terpisah.
“Reunion with my sis n my bro, it’s so emotional coz I didn’t see my brother at least 20 years, and my sis like 4 years and she look more and more like my late mum, and yes off course I cry,” tulisnya.
Di dalam platform sama, Azah turut berkongsi video momen indah berkenaan.
“Best reunion everr, cam jejak kasih dah ni,” tulisnya lagi.
Filem dokumentari No Other Land mencipta sejarah di Anugerah Akademi (Oscar) ke-97 apabila diumumkan sebagai Dokumentari Terbaik, sekali gus mengangkat kisah perjuangan rakyat Palestin di Tebing Barat ke pentas dunia.
Kemenangan ini bukan sekadar kemenangan sinematik, tetapi satu seruan kesedaran global terhadap isu kemanusiaan yang masih berlarutan.
Dokumentari Penuh Emosi
Menariknya, dokumentari ini diarahkan oleh empat pembikin filem yang berasal dari Palestin dan Israel—Basel Adra, Hamdan Ballal, Yuval Abraham dan Rachel Szor. Mereka berjaya mengetengahkan realiti perit rakyat Palestin yang berdepan dengan pengusiran paksa di Masafer Yatta, kawasan yang diduduki di Tebing Barat.
Filem ini bukan sekadar visual biasa, tetapi merakam detik-detik sebenar perobohan rumah, kekejaman tentera, serta perjuangan komuniti Palestin yang berani bangkit mempertahankan hak mereka.
Proses penggambaran yang mengambil masa empat tahun bermula 2019 sehingga 2023 jelas membuktikan kesungguhan pembikin filem ini untuk menampilkan kisah yang benar-benar memberi impak mendalam.
Ucapan Kemenangan Yang Menyentuh Hati
Saat kemenangan diumumkan, suasana di Dolby Theatre, Los Angeles menjadi emosional apabila para pembikin filem naik ke pentas menerima anugerah. Kebanyakan tetamu dilihat bangun memberikan standing ovation.
Basel Adra, salah seorang pengarah Palestin, sempat berkongsi harapannya buat masa depan generasi akan datang.
“Dua bulan yang lalu, saya menjadi seorang ayah, dan harapan saya adalah anak perempuan saya tidak perlu hidup dalam ketakutan seperti saya, sentiasa bimbang tentang peneroka, keganasan, perobohan rumah dan pemindahan paksa,” ujarnya.
Ucapan ini bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh, malah membuka mata dunia terhadap realiti kehidupan rakyat Palestin yang terus berdepan kezaliman.
Sementara itu, pengarah bersama Israel, Yuval Abraham, turut memberikan mesej mendalam tentang kepentingan solidariti dalam perjuangan ini.
“Ini adalah kali pertama seorang Palestin dan seorang Israel berdiri di pentas ini bersama-sama, bukan sebagai musuh, tetapi sebagai rakan seperjuangan. Perkara ini boleh menjadi kenyataan, tetapi hanya jika kita mengakui bahawa satu bangsa tidak boleh bebas selagi yang lain masih ditindas,” luahnya tegas.
Beliau juga lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, yang menurutnya menjadi salah satu penghalang terbesar kepada keamanan di rantau tersebut.
Kemenangan No Other Land di Oscar kali ini jelas membuktikan bahawa filem bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu platform untuk menyampaikan mesej kemanusiaan.
Dokumentari ini berjaya membuka mata dunia terhadap kehidupan rakyat Palestin di bawah tekanan penjajahan dan bagaimana mereka terus berjuang untuk mempertahankan hak mereka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
RPM Beri Amaran: Henti Jual Rakaman Haram Konsert Wings!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak...