Pelakon Hariz Hamdan, tampil memberikan pandangan bahawa sebagai pelakon, persediaan rapi menjadi perkara yang perlu dititikberatkan sebelum ke set penggambaran sesebuah projek drama atau filem.
Menurut Hariz, atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, perkara itu penting bagi memudahkan proses penggambaran di antara rakan pelakon.
“Sebagai pelakon, kita perlu sentiasa bersedia di set penggambaran. Misalnya buat persediaan dengan membaca skrip dari awal, bersikap profesional dan kurangkan buat hal sendiri.
“Untuk pelakon baru macam saya, cuba untuk ramah mesra dengan orang sekeliling, termasuk krew produksi. Insya-Allah kalau jaga attitude dekat set, orang pun akan jaga (senang) dengan kita,” katanya kepada MH.
Finalis Hero Remaja 2020 ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Who’s Your Bro yang berlangsung di Bukit Jalil, pada Selasa.
Ads
Menurut Hariz lagi, untuk positif bekerja dalam industri seni ini, kita perlukan kerjasama antara satu sama lain dan tidak boleh bekerja secara individu.
“Apabila di set penggambaran, as an actor we need a teamwork, bukannya bergerak secara individu.
Ads
“Kita juga ada pengarah dan juga kru produksi. Jadi kerja sepasukan itu amatlah penting,” katanya lagi.
Demi memberikan komitmen, Hariz akui dia juga akan kurangkan masa untuk bermain telefon sepanjang di set penggambaran bagi mengelakkan dirinya terganggu.
“Kemudian, apabila ada pelakon senior, tegur mereka. Sebab tidak mudah untuk berjumpa dengan mereka, melainkan kalau ada peluang beraksi di hadapan kamera bersama.
Ads
“Saya pernah berlakon dengan ramai pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nabila Huda, Elly Suriati dan banyak lagi. Jadi sebolehnya saya cuba untuk sentiasa jaga sikap.
“Rajin untuk bertegur sapa dengan pelakon berpengalaman dan timba ilmu dari mereka. Saya juga percaya, orang lama tidak kedekut ilmu,” jelas Hariz lagi.
Dalam perkembangan lain, Hariz menjadi salah seorang komentator rancangan realiti terbaharu, Maskulin: Who’s Your Bro bersama tiga personaliti terkenal yang dipilih, Siti Khadijah, Dr. Say Shazril dan Mat Redho.
Program ini akan bersiaran bermula 29 November depan selama 10 minggu, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya tidak pernah putus asa”. Itu kata-kata semangat pelakon dan pelawak, Louisa Chong apabila berdepan dengan dugaan untuk menjaga suaminya, Hamid Samad yang menghidap penyakit angin ahmar (strok) sejak beberapa tahun lalu.
Sudah pun memeluk agama Islam, Louisa atau nama Islamnya, Louisa Alissa Chong Abdullah telah diberi kekuatan olehNya dalam menjaga suami tersayang.
“Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma.
“Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati,” kongsinya.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi saluran YouTube, JayIbrahim Al Islam yang dimuat naik Disember lalu.
Jelasnya, dia tetap reda dengan ujian dari Allah dan tidak mahu meminta simpati dari mana-mana pihak meski bergelar seorang selebriti.
“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami penyakit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya.
“Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya,” katanya sebak.
Mahu menjadi seorang hamba Allah yang kuat, anak kelahiran Perak ini bersyukur kerana dengan berkat doa dan kesabaranya selama ini, suaminya kini mampu berjalan secara perlahan-lahan.
“Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.
“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki
“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah.
“Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabaran pada kita,” akhirinya.
Video : YOUTUBE DOKUMENTARI LOUISA CHONG PART 1
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani menerusi Sinar Harian berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.
“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, suspek direman empat hari bermula Ahad hingga Khamis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Selain itu katanya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Happy anniversary sayangku, terima kasih jadi suami & daddy yang baik. Susah senang jatuh bangun kita bersama selama 4 tahun ni.
“I sayang you dunia akhirat, semoga perkahwinan kita sampai ke jannah,” tulisnya di Instagram.
Mengakui diri tidak sempurna, namun Shamieza tetap berazam untuk menjadi isteri serta ibu yang terbaik buat keluarga kecil mereka.
“Maafkan I, I tak sempurna macam perempuan lain I banyak kekurangan, tapi InsyaAllah I akan jadi isteri dan mommy yang terbaik buat you and anak anak-anak kita,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat ucapan manis tersebut selain turut mendoakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia sehingga ke anak cucu.
Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal pada tanggal 10 Disember 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Adriana Carissa yang kini baru berusi setahun.
Sumber : Instagram Nurul Shamieza Eddie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!