Menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pelakon filem Pulau Harris Annuar mendedahkan isterinya, aktres Asha Merican mengidam untuk makan sabun.
Berkongsikan kisah lucu itu di laman Instagram miliknya, Harris berkata dia tidak dapat menghalang perbuatan pelik isterinya itu disebabkan mengidam ketika sedang mengandung.
“Haaa sudah bini aku dah makan sabun pula ni, kata dia rasa fuhh kicking. Haaa sudah mengidam level apa pula ni?
“Nak halang pun tak boleh, dia dah buat dulu. Nasib baik dia ludah balik,” tulis Harris di ruangan kapsyen.
Harris bagaimanapun melahirkan rasa lega apabila isterinya tidak menelan sabun tersebut sebaliknya hanya menjilat sedikit sebelum meludahnya kembali.
“Lepas mandi dia datang, dia cakap dia jilat sikit lepas itu ludah dan kumur balik. Tak sempat telan pun, nasib baik,” tulis Harris lagi.
Menjenguk ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkara itu dan menyifatkan apa yang diidamkan Asha itu adalah sesuatu yang tidak pelik dalam kalangan ibu mengandung.
Malah, ada juga wanita yang berkongsi pengalaman ‘mengidam’ benda pelik-pelik sepanjang kehamilan mereka sebelum ini.
“Saya pernah makan pewangi yang gel tu. Normal orang memang mengandung memang macam tu, layankan sahaja hehehe.
“Saya dulu paling suka duduk dalam asap fogging. Pantang nampak orang fogging, saya berhenti duduk dalam asap hahaha.
“Mak saya dulu masa mengandung makan kapur. Dari dulu orang mengandung, memang pelik-pelik.
“Saya dulu pregnant suka bau sabun, memang rasa nak makan. Last-last rasa juga sikit, baru puas hati,” komen sebahagian netizen.
Untuk rekod, Harris dan Asha berkahwin pada 11 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.