Masih belum mampu mengubat kesedihan ditinggalkan arwah bapa tercinta 26 Februari lalu, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kesedihan yang disifatkan bagai tiada penghujung.
“Harta yg abah tingglkan kat saya… kesedihan yg tiada penghujung.
“Merindui kenangan kat arwah abah sebelum sy pergi kerja abah akan balik dari masjid sembyag subuh di masjid dekat rumah saya masjid kuning.
“Sy akan cakap ketika salam beliau secara bisik “abah kri nak gi kerja dulu doakan kri berjaya ya abah.. kri takut kri kena tipu dlm bisnes sbb kri sekolah bodoh bah.”
“Abah akan balas balik “abah tak akan lupa doakan setiap kali abah solat utk kri” ?? rasa ya itulah harta yg abah tinggalkan kat kri yg tak ternilai.
“Mungkin apa rezki yg ada pada hari ni sbb doakan abah dan mak … alftiha buat abahku yg tiada penganti.#yallahkuatkansemangatsaya #akuxkuat.”
Turut terkesan dengan kehilangan usahawan kosmetik ini, netizen menitipkan doa buat kesejahteraan arwah ayahnya.
Foto – Instagram Aliff Syukri