“Harta Curi Mana Nak Berkat,” – Ahmad Fedtri Yahya Minta Nombor Akaun Ibu & Anak Cedera Akibat Tindakan Jijik Peragut

Share

Awal malam tadi, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai penderitaan yang menimpa seorang wanita yang difahamkan menjadi mangsa ragut.

Menerusi posting yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Fedtri membayangkan memang ‘payah’ jika dalam diri ada ‘kebahagiaan’ dalam mencuri.

“Ibu dan anak yang cedera ( patah bahu ) setelah bergelut dengan peragut. Si ibu sanggup mengejar peragut tetapi terbabas dan mengalami luka-luka.

“Memang payah kalau dalam diri ada ‘kebahagiaan’ mencuri. Ada yang mengambil hak orang lain secara keras dan ada pula yang ‘kreatif’ dalam diam. Harta curi mana nak berkat. Ia akan datang semula kepada pelaku dalam bentuk musibah yang tak terduga…,” tulisnya.

Lalu perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat, termasuk seorang individu yang menyatakan mangsa merupakan makciknya.

Selepas dua jam meninggalkan komen berkenaan, Fedtri dilihat turut membalas komen individu yang menggunakan akaun @sha_abdllh itu dengan bertanyakan nombor akaun, selepas ibu malang itu dikatakan kehilangan beratus-ratus ringgit selepas diragut.

Posting tersebut juga meninggalkan reaksi pelbagai netizen. Malah ada yang memberi pesan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati terutamanya apabila melakui lokasi sunyi.

Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya

 

Published by
MH