Kebelakangan ini, golongan selebriti pasti tidak terlepas daripada menerima pesanan ‘mengarut’ dari pengguna media sosial hingga ada kalanya ia boleh memudaratkan.
Ditanya mengenai hal tersebut, pelakon Geng Mak-Mak, Fatin Afeefa misalnya, dia turut tidak terlepas daripada menerima direct messages (DM) menerusi Instagram terutamanya dari golongan lelaki.
Malah kongsinya kepada MH, di dalam pelbagai mesej yang diterimanya, dia tidak menafikan ada yang berbentuk ‘merepek’ dan berunsur lucah.
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini lebih senang untuk tidak ambil pusing.
“Saya akui banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar pesanan memberitahu ada yang sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
Anggota kumpulan V.E, Fakhiz mendedahkan anak perempuannya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kerap membuang najis dan muntah-muntah.
Susulan itu hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam usus serta darah bayinya, Jauza Hanania yang baru berusia dua bulan.
“Sebelum ditahan wad, anak saya asyik berak-berak, dan muntah. Mula-mula dalam dua tiga hari begitu, ia tak serius. Sekejap okay dan sebalikya.
“Tapi pada Isnin lalu, anak alami muntah yang mana warnanya lebih kurang macam najis. Terus kami bawanya ke hospital.
“Dia alami dehidrasi dan doktor kata dia perlu dimasukkan air dan kemudian dua hari, diberikan antibiotik. Semalam, dia tidak beri respon sangat. Minum tak nak. Mata dia pun macam…mata orang yang reda,” katanya kepada MH.
Fakhiz yang kini bersaing di Gegar Vaganza 9 (GV9) menjelaskan menurut doktor, bahagian ususnya ada jangkitan kuman.
Terdahulu, Fakhiz memaklumkan keadaan anak bongsunya itu yang terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam disebabkan keracunan makanan, sejurus membuat persembahan.
Fakhiz berharap agar semua dapat mendoakan keadaan anaknya yang masih dalam keadaan lemah hingga terpaksa diberikan susu melalui hidung.
Sementara itu, Fakhiz turut berpesan kepada isterinya agar reda dengan apa yang sudah berlaku dan akan datang atas ujian yang menimpa.
“Saya ada berpesan dengan isteri, apa pun jadi baik atau tidak, kita kena reda. Perkara yang dah lepas dan apa yang akan datang, kena reda. Sekarang ini kita usaha.
Mungkin kita pun ada silap dan lalai…Allah nak ‘tegur’. Sebab kita sayang anak kita lebih daripada sayang Dia… itu cara saya fikir,” katanya lagi.
Nampaknya kehebatan Tan Sri Michelle Yeoh terus mendominasi dunia perfileman Hollywood.
Wanita berusia 60 tahun itu baru sahaja diumumkan sebagai pemenang Anugerah Screen Actors Guild Awards 2023 bagi kategori Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita bagi Watak Utama. Beliau menerima anugerah itu untuk peranannya sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Dalam majlis gemilang yang didakan di Los Angeles, kemenangannya itu mencipta sejarah tersendiri apabila beliau merupakan pelakon Asia pertama yang membawa pulang penghormatan tertinggi tersebut.
Ini merupakan kemenangan ketiganya tahun ini selepas memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di National Board Review Awards dan juga Golden Globes.
Sentiasa membawa isu mengenai pelakon berdarah Asia di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh menyelitkan mesej penting ketika menerima anugerah. Ujarnya, “Ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya.”
Imbas kembali, anak jati Ipoh, Perak merupakan Miss Malaysia World 1983 dan kemudiannya melebarkan sayapnya dalam dunia seni di Hong Kong sebelum ke Hollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.