Pelakon Meerqeen menjelaskan dia menyimpan sejak bekerja untuk memiliki kereta mewah idaman jenis Mercedez Benz G-Class.
Menurut Meerqeen, dia mula menyimpan keinginan membeli kenderaan terbabit sejak di bangku sekolah dan bersyukur apabila segala usaha kerasnya mendatangkan hasil yang baik.
“Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah memasang impian membeli kereta dan apa yang diperoleh ini adalah hasil kerja keras. Alhamdulillah saya berjaya capai impian itu.
“Semua ini adalah hasil duit menabung sejak mula bekerja. Apa yang saya usahakan adalah untuk diri dan keluarga,” katanya.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Meerqeen berkongsi beberapa foto bersama kereta baharu miliknya sekaligus ada yang mulai menebak harga kenderaan berkenaan selepas melakukan beberapa carian di laman sesawang.
Meerqeen bagaimanapun menafikan dakwaan yang mendakwa kereta yang dibeli itu mencecah RM1.79 juta.
“Saya beli kereta itu bukan untuk memuaskan hati orang lain. Saya ada impian atau ‘goals’ yang saya tetapkan dalam perjalanan hidup saya.
“Namun nilai harga kereta itu tidaklah mencecah RM1.79 juta seperti yang diperkatakan orang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini