“Kami mahu ‘team’ rasa gembira dan tak salah sekiranya kami meraikan mereka dalam sebuah acara.”

Demikita kata pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sering melakukan majlis pelancaran meski ada sesetengah produk yang yang dihasilkan sudah habis terjual sebelum dilancarkan secara rasmi.

Menurut Wawa, penganjuran majlis seumpamanya dilihat perlu kerana ia memudahkan sesi bertemu dengan peniaga selain membantu mereka meningkatkan jualan.

“Hasilkan 40,000 Unit, Hampir Habis Terjual,” – Tetap Buat Majlis Meski Produk ‘Sold Out’, Ini Cara Tersendiri Aeril & Wawa “Hasilkan 40,000 Unit, Hampir Habis Terjual,” – Tetap Buat Majlis Meski Produk ‘Sold Out’, Ini Cara Tersendiri Aeril & Wawa

“Bila ada majlis, dari situ mereka boleh cipta konten, ada sesuatu untuk dikongsikan kepada pembeli di luar sana. Pada masa sama, kami pun boleh isi masa bercakap mengenai produk dan sebagainya.

“Lagi pula memang kami teruja bila masing-masing yang hadir pasti akan ikut tema dan jadi meriah. Tidaklah wajib buat majlis begini, ikut kesesuaian juga,” kata Wawa.

Ads

Wawa dan Aeril ditemui pada Sidang Media Pelancaran Minyak Wangi Wawa Cosmetics Asmaradana ‘Lagenda Kembali’ di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Hasilkan 40,000 Unit, Hampir Habis Terjual,” – Tetap Buat Majlis Meski Produk ‘Sold Out’, Ini Cara Tersendiri Aeril & Wawa

Menjadi projek kolaborasi kedua bersama pempengaruh TikTok iaitu Rozyana, Asmaradana – Lagenda Kembali hadir dengan keluaran versi saiz botol lebih besar dengan tiga varian bau.

Ads

“Asmaradana-Lagenda Kembali edisi terhad ini kita keluarkan dalam 40,000 unit dan ia hampir habis sebelum pelancaran ini lagi. Syukur atas sambutan.

“Kita pun dapat maklum balas positif menerusi penghasilam haruman sebelum ini, ia tahan lama dan bau pun lain daripada yang lain.

“Jadi bila kita lancarkan dalam versi baharu ini, saya percaya pembeli sudah mulai yakin dengan kualitinya. Sebab itulah sambutan yang diterima sangat baik.

Ads

“Selain itu, insya-Allah kita memang ada perancangan untuk mengembangkan lagi koleksi minyak wangi pula. Mungkin selepas ini wangian untuk lelaki, siapa tahu kan?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aeril menambah, kerjasama baik sepanjang bekerjasama dengan Rozyana antara sebab mereka terus memilih pempengaruh itu untuk meneruskan kolabirasi istimewa ini.

“Hasilkan 40,000 Unit, Hampir Habis Terjual,” – Tetap Buat Majlis Meski Produk ‘Sold Out’, Ini Cara Tersendiri Aeril & Wawa “Hasilkan 40,000 Unit, Hampir Habis Terjual,” – Tetap Buat Majlis Meski Produk ‘Sold Out’, Ini Cara Tersendiri Aeril & Wawa

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI