
Allahyarham Ashraf Sinclair berhajat untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.
Namun, semuanya tidak kesampaian apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Ustaz Samsul Maarif yang merupakan sahabat Allahyarham.
Malah, Samsul berkesempatan untuk menziarahi pusara Allahyarham, memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.
“Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah.
“Ketika itu (pada bulan Ramadan 2019), Ashraf ada berhajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment.
VIDEO
Terdahulu, arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Video : KH Infotainment
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka

Umum mengetahui, kurang 12 hari sahaja lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bagi mencari kepimpinan baharu yang akan mentakbir negeri tersebut.
Terbaru, pelakon yang kini merangkap sebagai ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam perlimen Jasin.
Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Khaidhirah binti Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.
“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Chow Kit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Dira turut berharap agar para penduduk Rim dapat memberikannya peluang untuk menabur bakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju.
Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.
“Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua. Saya calon No 03 anda pada 20/11/2021 ini,” ujarnya lagi.
Dira bakal berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Sebanyak 112 calon telah disahkan akan bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN.
Sekadar informasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sumber: Instagram Dira Abu Zahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Nyanyi Lagu Apa Sebenarnya…Kakak Tu Nyanyi Daripada Jiwa,” – Fauziah Latiff Bangga Jadi ‘Famili’ Mikrofon Impian

Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adik Ipar Jadi Mangsa Azad Jasmin. Nak Hafal Dialog Sampai Macam Tu Sekali…

Sakit perut melihat keletah Azad Jasmin berlatih watak antagonis menerusi laman Instagram isterinya, Eira Syazira.
Eira menerusi kapsyen berkongsi video lucu yang terjadi antara Azad dan adik bongsunya, Syainie Shuhaimi.
“Seperti biasa Pak Azad menyakat adik ipaq dia @syainieaida.
“Nasib adik la sayang dpt abg ipaq ding dong.
“Bila Pak @azadsyazirarose begitu method menjiwai watak antagonist filem terbarunya. Masalahnya adik bongsu I pulak yg jd mangsa training nya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on
View this post on InstagramA post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on
Kedua-dua video yang mendapat jumlah tontonan hampir 600,000 itu memperlihatkan Azad sebagai tuan pengarah yang membuli adik bongsu Eira yang berlakon sebagai pembantu rumah.
Netizen yang terhibur dengan aksi lakonan kedua-duanya terharu dengan hubungan akrab yang terbina dalam keluarga pasangan selebriti ini.
Namun, ada yang menasihatkan agar berhati-hati dalam menjaga hubungan antara ipar.
“Berhati2 dgn hubungan antara ipar sbb Nabi saw ada bersabda yg ipar adalah maut.. hadis sohih.. maknanya kena ekstra hati2 terhadap hubungan bukan mahram ini. Suka atau tak.. tetap kena ada batasan.”
Foto : Instagram Eira Syazira & Syainie Shuhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI