Allahyarham Ashraf Sinclair berhajat untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.
Namun, semuanya tidak kesampaian apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Ustaz Samsul Maarif yang merupakan sahabat Allahyarham.
Malah, Samsul berkesempatan untuk menziarahi pusara Allahyarham, memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.
“Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah.
“Ketika itu (pada bulan Ramadan 2019), Ashraf ada berhajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment.
VIDEO
Terdahulu, arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Video : KH Infotainment
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ebit Lew Bawa Misi Kemanusiaan Gaza Pula, Bantu Rakyat Palestin Yang Terjejas; “Hanya KepadaMu Kami Bergantung….”
Pendakwah bebas, Ebit Lew berangkat ke Mesir bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel di Gaza.
Difahamkan, pendakwah berkenaan berada di sana bagi meneruskan misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei.
Menerusi entri video yang dimuatnaik di Instagram pada Selasa, Ebit dirakam memeluk dan mengucup isteri tersayang kemudian diiringi beberapa individu lain sebelum menaiki pesawat.
Mendoakan agar usaha murninya itu dipermudahkan, Ebit di dalam kapsyennya turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong misi kemanusiaan yang dijalankan.
“Pohon doakan yer Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.
“Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT.
“Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.
“Terima kasih @turkishairlines sponsor tiket. #turkishairlinemalaysia Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya lagi.
Video yang kini tular dengan menerima tontonan lebih sejuta kali itu meraih reaksi positif warganet, yang rata-ratanya meninggalkan harapan serta ucapan yang baik-baik terhadap usaha murni pasukannya itu.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Pasangan Kongsi Kisah Maruah & Aib Rumah Tangga Di Media Sosial, Lufya Omar Lontarkan Pandangannya
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengharapkan mahligai cinta yang dibina kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.
Namun, jika sudah suratan tidak mustahil perceraian boleh berlaku.
Sebagai wanita yang pernah berdepan dengan situasi kegagalan rumah tangga, Lufya Omar memberikan pandangan berkaitan soal maruah dan aib dalam rumah tangga.
Kongsinya, setiap pasangan yang sudah berkahwin sebaiknya menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib pasangan bersama orang lain.
Bagaimanapun dalam perkembangan semasa dia melihat situasi tersebut ketika ini.
“Saya akui bila kita banyak bermain media sosial, itu adalah satu masalah kepada kaum wanita. Apabila seseorang itu memegang telefon dalam keadaan yang beremosi, dia akan meluahkan segala perasaan, kesakitan yang dialami kepada orang ramai.
“Tapi nanti apabila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tidak sedar dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri.
“Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang apabila dia tidak puas hati dia terus tulis di laman media sosial.
“Apa sahaja yang berlaku disekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai,” katanya.
Lufya antara lain berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat tersebut menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Khamis.
Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Sahaja… Show Must Go On,” – Elly Mazlein
Bintang versatil, Elly Mazlein mengulas mengenai keberadaanya di pentas Gegar Vaganza ke-9 (GV9) seorang diri di dalam segmen pertengahan sebelum kembali berdua bersama hos gantian, Daniel Zaini, Ahad lepas.
Menurut Elly, dia perlu bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku secara spontan demi memastikan program tetap berjalan dengan baik.
“Sebagai hos, kita kena sentiasa berdepan dengan sebarang kemungkinan. Begitulah juga halnya dengan saya. Apa sahaja… show must go on. Jadi saya cuba buat demi peminat GV.
“Saya hanya nak buat yang terbaik. Alhamdulillah semua orang ketawa, happy. Itu yang saya mahu selain berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting,” katanya.
Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina berkata demikian menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, semalam.
Ditanya mengenai ada penonton yang membuat perbandingan selain menyifatkan pengacaraannya sebagai ‘gedik’, Elly bersikap rasional.
Artikel Berkaitan;
“Tak Sabar…,” – Che Puan Sarimah Pun Teruja Nak Tonton Nabil & Elly Duet Lagu ‘Kini Kau Tiada’
Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS ; “Hubungan Sangat Baik, Sudah Boleh Bergurau.”
“Tidak mengapa. Saya begini, dalam kehidupan akan ada yang suka dan sebaliknya. Tapi kita ‘timbang’, mana yang lagi banyak. Apa yang saya nampak banyak yang positif. Jadi saya ambil yang positif.
“Yang negatif tu tidak mengapa. Saya anggap semua orang ada hak untuk suka dan tidak suka. Beginilah… mungkin yang tak suka tu satu hari nanti akan suka saya. Tak kenal maka tak cinta.
“Pada saya kalau kita nak bersedih dengan apa yang orang cakap, kita tak boleh macam tu. Sekarang ni kita kena biarkan saja. Itu hak mereka untuk berkata-kata,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly bergandingan dengan pelawak, Daniel Zaini yang menggantikan Nabil Ahmad yang terlebih dulu terlibat di dalam sebuah acara lain.
Sementara Che Puan Sarimah yang muncul pada awal segmen pula diumumkan sebagai pengacara baharu slot Vazz Vaganza bersama Keanu Azman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI