
Penyanyi Ernie Zakri menulis satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu yang sekaligus menerima reaksi pelbagai netizen.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, hantaran terbabit namun ada yang membuat pelbagai spekulasi.
“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan bukan. Jaga anak anak sendiri dahulu,” tulisnya.
Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan bukan. Jaga anak anak sendiri dahulu.
— Ernie (@ErnieZakri) January 26, 2022
Meninjau ke ruangan komen, ini antara reaksi yang tinggalkan pengguna Twitter lainnya;
“Be strong…avoid negative thought…be safe always…”
“True.”
“Kaya tapi biadab, low class! Low mentality.”
“Setuju..lebih baik diam dari berkata2 perkara yg boleh menyakitkan hati manusia lain.“
Sehingga kini, ciapan tersebut sudah menerima lebih 7,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Video Sedang Disolek Masih Ada Kesan Lebam, Ramai Syahdu Shuhada Cekal Cari Rezeki – “Nekad Demi Kesenangan Buat Anak-Anak

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik video persiapannya sebelum memperaga seterusnya mempromosikan helaian tudung jenama As Hijab, milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
Menurut Shuhada yang mesra disapa Shu, dia kini mahu memandangkan ke hadapan dan mencari rezeki demi sepasanga anaknya, Humairah dan Umar serta kedua orang tuanya.
“Shu nekad nak melangkah kedepan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar Shu teruskan perjalanan tanpa ada perasaan dendam. Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah, Umar serta kedua ibu bapa Shu.
“Shu sedar yang diri ini tidak sempurna. Tapi Shu nekad demi anak anak Shu untuk mencari kesenangan buat mereka,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen sambil menitipkan ucapan terima kasih buat Aliff yang sudi mengambilnya sebagai wajah wakilan.
Terdahulu, video yang kini sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka itu turut menerima reaksi daripada para pengikutnya di Instagram.
Masing-masing menitipkan dedikasi sokongan selain mendoakan agar urusannya sekeluarga dipermudahkan.
“Kalau dah sampai berlebam berparut, elok lah move on. Moga ada pelangi yang indah untuk Shu & anak-anak. Aamin, cinta tak harus memiliki.”
“Sakit hati tengok lebam kat muka tu, be strong dear. You deserve better.”
“Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki dariNya. Shu, no one is perfect. Ada pasangan untuk saling melengkapi. Yup, wanita memang hebat dan kuat. Terus melangkah mencari kebahagian diri dan keluarga and love yourself before anyone else.”
“Dah tutup pakai makeup pun masih nampk parut tu. Macam mana parut dekat hati dia weh.”
“Parut di muka boleh menyembuhkan kesakitan tapi parut di hati akan tiada akan sembuhkan selama- lamanya. Saya doakan Shu dan anak-anak dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.”
Malah Aliff Syukri juga turut meninggalkan reaksi pada bahagian komen;
“Awak sentiasa cantik di hati kami Shu.. lagi cantik dengan tudung @as.hijabofficial,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Itu Dilakukan Bersama,” – Sufian Suhaimi Sahkan Hubungan Merisik Dah Tiada, Pulang Cincin Pada Minggu Kedua Puasa

“Kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”
Demikian kata penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi selepas ditanya mengenai status dirinya bersama wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, sekaligus mengesahkan mereka kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Sufian berkata, dia memulangkan cincin merisik pada minggu kedua Ramadan.
“Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.
“Malah sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.
“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam.
“Ini kerana masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
“Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.
“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya,” katanya kepada MH.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production di Shah Alam, pada Isnin.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu percaya soal jodoh dan mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas teman.
“Bagi saya itulah ‘hikmah’ di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya. Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing.
“Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.
Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Doakan Urusan Korang Yang Menantikan Cahaya Mata Dipermudahkan,” – Isteri Hamil 5 Bulan, Haziq Hussni Bersyukur

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Haziq menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik naik di laman Instagram.
Menurut Haziq, kandungan isterinya itu sudah pun memasuki usia lima bulan.
“Alhamdulillah Allahuakbar.It’s been 5 months. Say hi to adik heidy yaya.
“Kami doakan urusan korang yang menantikan cahaya mata juga dipermudahkan. Amin,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, penyampai radio, Hot FM itu turut mendoakan agar mana-mana pasangan yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata akan sentiasa dipermudahkan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumoang gembira selain turut mendoakan semoga isteri serta kandungannya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik
“Congrats, semoga dipermudahkan semuanya.
“Alhamdulillah, tahniah Haziq dan isteri.
“Wah, four months to go. Comelnya Putri.
“Always pretty mommy,” antara komen-komen netizen di laman Instagram
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga merupakan warganegara Indonesia, Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata Heidy Nufael dan Chayra Aulia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Haziq Hussni
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI