MH faham sekarang ni ramai yang suka kongsikan gambar-gambar mengandung mereka. Bukan setakat kalangan selebriti orang awam turut tidak terlepas berkongsi gambar baby bump mereka.
Ya, memang comel tetapi harus berhati-hati kerana anda juga terdedah menjadi mangsa pemuasan nafsu.
Jangan tak tahu sebenarnya ada golongan yang memang suka mengumpul gambar-gambar perempuan mengandung demi memuaskan nafsu mereka.
Jika dahulu Malaysia digemparkan dengan gejala Pedofilia kali ini muncul pula fenomena baru iaitu Maiesiophilia!
Maiesiophilia membawa maksud gangguan seksual yang merupakan kegairahan seksual apabila melihat wanita mengandung. Meskipun hanya sekadar melihat gambar perut, golongan ini mampu berfantasi secara melampau.
Isu menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila salah seorang pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab telah berkongsi di sebuah page ibu mengandung.
Malah, dia turut memberitahu akan menggunakan modal gambar-gambar ibu mengandung ini sebagai bahan untuk melepaskan nafsunya dan berimaginasi.
Menakutkan bukan? Jadi kepada ibu-ibu mengandung perlu berhati-hati jangan terlalu mudah untuk berkongsi gambar kandungan anda secara terbuka lebih lagi jika pakaian yang dipakai itu agak ketat.
Jadi tidak hairanlah mengapa sesetengah individu engan berkongsi gambarnya ketika mengandung terlalu kerap di media sosial.