Seorang remaja di Melbourne, Australia mengalami pendarahan parah di kedua kakinya setelah merendam kakinya di pantai Melbourne. Mengikut sumber, pendarahan tersebut disebabkan oleh sejenis kutu laut yang menyantap daging kaki remaja itu.

Sam Kanizay, 16, pada Sabtu lalu seperti diberitakan Sunrise News ketika itu ingin mencuci kakinya yang penuh dengan pasir di pantai setelah habis bermain bola.

Hati-Hati Kutu Laut Pemakan Daging Di Pantai Melbourne

Namun ketika keluar daripada air, dia mendapati kakinya berlumuran darah. Ayahnya, Jarrod Kanizay, mengatakan anak lelakinya itu seperti digigit sesuatu di dalam air.

“Kakinya penuh darah. Mereka memakan daging melalui kulit Sam, dan membuatkan darahnya tidak henti mengalir,” ujar Jarrod.

Mereka mencuba untuk menghentikan darahnya daripada terus mengalir, namun tidak berhasil dan terpaksa membawanya ke hospital.

IKLAN

Hati-Hati Kutu Laut Pemakan Daging Di Pantai Melbourne

Hati-Hati Kutu Laut Pemakan Daging Di Pantai Melbourne

Pihak hospital juga tidak dapat memastikan apa penyebab pendarahan yang berlaku oleh kerana kes itu adalah yang pertama kali terjadi di pantai tersebut. Setelah dibersihkan darah, lubang-lubang kecil terlihat di kedua kaki Sam, seperti digigit sesuatu. 

IKLAN

Hati-Hati Kutu Laut Pemakan Daging Di Pantai Melbourne

Oleh kerana ingin tahu, Jarrod mencuba memancing pemangsa kaki anak lelakinya. Kemudian, dia kembali ke pantai itu dan memasang jaring dengan umpan daging mentah. Setelah diangkat, apa yang didapatinya sangat mengejutkan.

Ada ratusan haiwan kecil berukuran 1-2 cm yang mennghurungi daging-daging mentah itu, memakan daging dengan rakus. Menurut profesor laut di University of Melbourne, Michael Keough berkata haiwan tersebut kemungkinan adalah kutu laut pemakan bangkai ikan yang mati.

IKLAN

Haiwan ini memakan daging dan tertarik pada darah. Kerana ukurannya yang kecil, gigitannya tidak terasa oleh manusia, dan akan disedari setelah darah memancut keluar.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI