“Hati-Hati Semua, Banyak Dah Simpan Ni,”- Ayda Jebat Mahu Ambil Tindakan Ke Atas Tweet & Komen Melampau?

Share

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat meminta para netizen supaya lebih berhati-hati akan setiap tindakan mereka di media sosial.

Ia dibuat selepas mengetahui tindakan boleh diambil sekiranya ada komen yang bersifat melampau atau keterlaluan.

Katanya, dia telah menyimpan perkara tersebut sejak sekian lama dan sekiranya masih berlaku lagi, tindakan mungkin akan diambil.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Temberang itu di laman Twitter.

“Yang comment/tweet melampau boleh dikenakan tindakan undang-undang? Hati-hati semua. Banyak dah simpan ni. Tak #Temberang ni,” tulisnya.

Menurut Ayda lagi, dia juga telah ‘screenshot’ banyak komen-komen melampau netizen mengenai dirinya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dan meminta Ayda supaya mengambil tindakan yang lebih serious agar para netizen diluar sana lebih berwaspada dengan apa yang ingin mereka katakan.

Di dunia tanpa sempadan ini, tindakkan seperti ini sewajarnya dilakukan untuk memberi peringatan kepada mereka di luar sana untuk tidak bercakap sesuka hati sehingga penyakita hati mana-mana pihak.

Sumber: Twitter Ayda Jebat

Published by
Aizam Manaf