Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan akui sebak saat mengetahui tentang keadaan bapanya yang juga merupakan chef terkenal, Chef Wan yang telah didiagnos mengidap kanser limfoma.
Bagaimanapun, Serina memaklumkan dia sekeluarga reda dan menganggap setiap yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
Malah, dia turut menyifatkan bapanya itu sebagai insan terpilih untuk menghadapi ujian berat ini.
“Assalamualaikum semua, semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita. Papa hantar text bagi tahu dia ada kanser lymphoma. Memang sedih. Saya tak tak dapat tahan air mata dan menangis sepuasnya.
“Saya tahu ini ujian Allah SWT nak beri pada papa dan kami sekeluarga. Allah maha baik pilih papa Chef Wan sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang.
“Selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu ahli keluarga dan adik beradik. Syukur Alhamdulillah papa reda. Dia tenang terima kententuan ini. Saya bangga dengan awak papa,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Serina menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini juga memaklumkan dia sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan bagi memastikan bapa mereka dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
“Insha Allah sakit tanda Allah kasih, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia. Mudah mudahan sahabat semua yang baca Nukilan Serina ni tolong doakan kesembuhan buat papa ya.
“Ingat papa, kami semua ada, Rina, Aidid @chefriz @l_nurel , adik beradik papa, sahabat dan peminat papa semua sayangkan papa. Kami akan doakan papa kembali sihat. Terus kuat,” ujarnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sebak selain turut memberikan kata-kata semangat buat Serina dan keluarga.
“Syafakallah. Semoga dikurniakan kesembuhan buat papa. Amin.
“Allahuakbar, semoga ada keajaiban daripada Allah SWT. Semoga sembuh dan kekal sihat seperti biasa.
“Semoga Allah angkat segala kesakitan dan diberikan kesembuhan.
Ads
“Datuk Chef Wan seorang yang positif dan kuat semangat. Moga Allah berikan kesembuhan buat beliau. Amin ya mujib,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Semalam, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengejutkan ramai pihak selepas memaklumkan dirinya telah disahkan menghidap kanser limfoma.
Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital pada petang Khamis.
Bagaimanapun, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Serina Redzuawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai tiada kesudahan, kemelut keluarga melibatkan penyanyi, Shila Amzah terus hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas ibunya, Datin Fauziah Sarman pula tampil meluahkan rasa setelah beberapa hari hanya mendiamkan dirinya melihat konflik yang berlaku melibatkan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuatkan di Instagram (kemudiannya dipadam), Fauziah seolah-olah terkilan dengan sikap Shila yang kini dakwanya sudah banyak berubah.
“Assalamualaikum. Untuk anakku Nur Shahila yang telah emak kandung di rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.
“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri Emak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.
“Jujur, Emak sudah tidak kenal siapa Nur Shahila lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyanyi ND Lala ini turut menyifatkan hantarannya ini bukan untuk menyebelahi adik beradiknya sebaliknya, ia hanyalah untuk menyedarkan Shila.
“Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik.
“Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini. Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-ananya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fauziah juga akui Shila sudah menyanyi sejak kanak-kanak, namun bukan atas paksaan semata.
“Nur Shahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan.
“Mungkin, apa yang emak korbankan ke sana-sini menemani Nur Shahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu.
“Mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ. Emak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang dinginkan sejak kecil. Mungkin segala sukses itu bukan doa dari Emak.
“Apakah lupa emak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nur Shahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?
“Hingga duit tu dikatakan habis sampai Kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk berkerja.
“Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hlive & Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Ruhainies menitipkan ucapan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, tahun ini.
Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Insta Stories, Ruhainies turut khususkan ucapan berkenaan kepada para pengikutnya di Instagram.
“Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my followers and seluruh umat Islam,” tulisnya ringkas sambil disusuli emoji berbentuk ‘love’.
Sejak beberapa hari lalu, nama adik kepada pelakon Risteena itu menjadi bulan di kalangan warganet susulan isu hangat yang membabitkan dirinya baru-baru ini.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian respon bersahaja isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada saat ditanya mengenai warna pakaiannya yang dilihat hampir sama dengan suaminya ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada petang Isnin.
Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding tuntutan hadanah.
Menurut Shuhada, dia hanya mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya okay sahaja, InsyaAllah. Saya hanya mahu anak-anak sahaja,” jawabnya ringkas.
Sementara itu, Hafizh tiba di mahkamah lebih awal dengan mengenakan suit berwarna biru muda enggan memberikan sebarang komen ketika disapa pihak media.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Shuhada menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...