“Hati Ini Berharap Ba Masih Ada Di Sini,” – Bawa Isteri Ziarah Pusara Arwah Bapa Sempena Hari Asyura, Isa Khan Luah Rasa Rindu

Share

Pelakon, Isa Khan menzahirkan perasaannya sewaktu melawat pusara ayahnya bersama isteri tercinta bersempena memperingati Hari Asyura pada petang tadi.

Menurut Isa, dia dan isteri yang juga merupakan pelakon, Nur Risteena amat merindu arwah bapanya itu dan berharap agar mereka dapat bersatu semula di akhirat kelak.

“Assalamualaikum Wbt. Ba, ni petang tadi saya datang sempena Hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba. Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah Swt jauh lebih sayangkan ba.

“Tidak akan pernah lekang doa anakmu ini, kerana jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga mu ini. Terlalu besar. Dan hanya Allah Azza Wa Jalla yang mampu membalasmu ba,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bulan Di Kota Langit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Diksempatan itu, Isa juga turut menitipkan doa semoga bapanya itu dipelihara daraipada azab kubur dan diberikan ganjaran syurga.

“Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah roh arwah ba dari seksa kubur dan azab api nerakamu Ya Allah. Anugerahkanlah arwah ba, syurga terindahmu.

“Isteri tercinta saya @nur_risteena pun nak sangat jumpa ba. Semoga Syurga Allah Swt menjadi tempat kita bertemu kembali,” luahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut memberikan memberikan kata-kata semangat buat Isa dan Risteena.

“Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Semoga arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah.

“Amin, semoga makbul doanya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Isa dan Risteena baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 12 Mac 2021 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber: Instagram Isa Khan

Published by
Aizam Manaf