Pu Amin sentiasa berdoa untuk kebaikan umat Islam

Pencetus Ummah (PU) Amin berharap pada hari Jumaat; penghulu segala hari ini membawa 1001 kebaikan buat semua.

Dia pada masa sama turut menyuarakan bayangan risau dengan situasi yang menimpa pendakwah kebelakangan ini.

"Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.

"Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan Rasulullah Saw.

"Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini, pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.

"Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini, jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu," doanya.

IKLAN

Tidak putus-putus memohon doa kepada Allah, pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu mahu terus berdakwah untuk kebaikan umat Islam.

"Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia, jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman, lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini..

"Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah!

“Anugerahkan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah," mohonnya.

IKLAN

Sementara itu, Amin menasihati para pendakwah agar tidak mencemarkan nama baik 'para ulama' sebagai penunggang agama untuk kepentingan diri semata-mata.

Sekali gus, ia membawa tanggapan negatif kepada masyarakat.

"Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.

"Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.

IKLAN

"Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.

"Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini," akhirinya.

Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.. . Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan olwh Rasulullah Saw.. . Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini , pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.. . Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini , jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu.. . Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia , jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman , lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah ! Anugerah kan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah.. . Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan , lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.. . Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.. . Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.. . Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah kami , hari ini kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga , Ya Allah ! Muliakan usaha dan tugas dakwah bagi kami yang benar benar mahu bekerja untuk Mu Ya Allah!! Ya Allah jauhkan kami dari sifat fasiq dan Munafiq ! Ya Allah ampunkan kami Ya Allah

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on Dec 5, 2019 at 3:11pm PST


Menerusi perkongsian tersebut, Amin tidak menyatakan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan dan nasihat buat semua individu.

Terdahulu, Amin baru sahaja pulang dari Kota Mekah dan turut berkongsi beberapa aktiviti di sana.

Foto : Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI