Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.
Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.
Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.
“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.
“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.
“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.
Ads
“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.
Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.
Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.
Ads
“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.
“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.
Ads
“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.
Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada hari itu nanti.
Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Tomok ada memuat naik satu rakaman video pendek, mengenang kembali detik ketika dirinya menyertai program realiti One In A Million musim ke-3 pada tahun 2009.
Menurut Tomok, program tersebut boleh diibaratkan sebagai peluang kedua baginya untuk bertapak semula dalam bidang seni selepas bersama New Boyz.
“Walaupun ianya sudah 11 tahun berlalu, saya masih nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengundi saya setiap minggu,” tulisnya.
Tambah Tomok yang juga merupakan juara program berkenaan, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuklah para peminat dan kru produksi yang telah menyokongnya tanpa henti sepanjang program tersebut berlansung.
“Yang datang menyaksikan persembahan di Sri Pentas 2 sehingga di Stadium Melawati Shah Alam dan yang menonton di rumah, terima kasih.
“Buat kawan-kawan yang sama-sama berjuang semoga sihat-sihat sentiasa.
“Buat team produksi OIAM terima kasih atas tunjuk ajar kepada saya
“Terima kasih malaysia jadikan saya juara untuk ONE IN A MILLION,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut mengenang kembali saat menonton program tersebut malah stail rambut Tomok yang menjadi trend pada ketika itu turut diperkatakan semula.
One In A Million merupakan antara program realiti nyanyian terbesar negara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 1 juta buat peserta yang bergelar juara.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi foto yang melihatkan anak sulung mereka, Ariq sedang membaca ayat suci Al-Quran.
Malah, Ozlynn sekali lagi memuat naik foto Ariq sedang mengajar adiknya, Moleiq melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, Ozlyn memilih untuk menutup ruangan komen dan mempunyai sebab tersendiri.
“Arini abg ajar adik ngaji skali.. seronok dia.. smp dia amik jari abg dia suh tunjuk lagi kt quran yg abg dia tgh baca.. cute sgt,
“Utk gmbr nih saja off comment.. xmo dgr segala pujian, sindiran.. hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga utk jadi yg lebih baik,
“Pujian juga ujian.. sindiran juga ujian buat kalian.. kalau hidup penoh dgn sindiran, iri hati.. smp bebila org ssh nak jadi lebih baik,
“Sebab rata2 manusia zaman skrg byk menilai dari gambaran.. org buat baik bkn nak sokong.. ada jek kata2 nak sindir,
“Ibarat ko pegi luar negara.. ko post gambar makan.. pastu dorg tanya halal ke?? Paham dak?? Weh xkan kita post tgh makan babi,
“Manusia zaman skrg lebih byk gunakan media social utk menindas org lain.. mengecam..benda nih aku kerap nampak kat ig kenkwn lain.. ada je kata2 yg menyakitkan ati yg dilemparkan,
“Seolah dia sekeluarga sempurna.. kdg nak je ckp, g la pegang quran dr dok tunding2 salah org.. lebih memerli dari menasihati.. doa lah.. DOA… DOA… DOA… sama juga mcm korg.. sentiasa ada dlm doa aku..
“Sebab salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian.. so aku sentiasa doa utk org yg mendoakan utk keluarga kami.. Allah maha mengetahui,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berharap Sissy Imann untuk tidak berputus asa meski menerima kritikan keras daripada salah seorang juri Famili Duo, Mas Idayu.
Menurut Siti, sebaiknya Sissy berlapang dada seterusnya lebih terbuka sepanjang berkarya dalam dunia seni.
“Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah sepak terajang yang perlu dihadapi. Apalagi bila terbabit dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walau ada ketika apa yang dikomenkan itu itu pedih di hati.
“Kita sepatutnya sedia maklum yang juri kaedah penjurian dan cara masing-masing dalam menegur. Malah saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka.
“Insya-Allah, rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, pada Rabu.
Konsert Malam Bulan Bintang yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, itu turut menampilkan beberapa artis bernama besar antaranya Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.
Dalam pada itu, Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Sairah yang turut bertanding dalam program berkenaan supaya sentiasa bersedia dengan kritikan juri.
“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan mereka supaya bersedia dan bertabah hati apabila menerima komen para juri.
“Juri akan menegur dan pada masa sama netizen juga akan bercakap. Jadi rilak sahaja. Janji kita usaha untuk perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan,” katanya lagi.
Terdahulu, kritikan Mas Idayu pada minggu keenam program realiti berkenaan telah menjadi bualan apabila Sissy Imann sebak dan menangis selepas menerima kritikan pedas juri tersebut.
Sissy turut tidak muncul pada segmen terakhir program sekaligus mencetuskan spekulasi peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemenangan Rashmita Rasindran dalam pertandingan Miss Charm 2024 bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi yang memberangsangkan di pusingan kelayakan, gadis berusia...