Umum mengetahui Noh Salleh dan Mizz Nina telah pun mendirikan rumah tangga enam tahun lalu, pada 1 Julai 2011.

Namun, sepanjang pernikahan mereka, pasangan ini sering diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Sudah tentu mereka juga sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan berdoa agar dikurniakan zuriat sendiri apatah lagi melihat rakan-rakan lain sudah mempunyai anak.

Noh akui tertekan apabila sering diasak dengan soalan yang sama berulangkali dan dia juga berkata hati lelakinya mudah terusik bila diajukan soalan itu.

“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.

 

“Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya kepada sebuah portal online.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Angin Kencang ini baru sahaja melancarkan album barunya yang diberi judul, EP. Ia merupakan lanjutan daripada albumnya yang pernah dilancarkan pada tahun 2014 yang lalu.

Ads

Hati Noh Salleh Terusik Bila Ditanya Soal Anak

Noh juga memaklumkan akan mengadakan siri Jelajah Album Angin Kencang di beberapa buah negeri bermula di selatan iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu pada 17 September dan Taming Sari, Melaka.

Apa-apapun semoga Noh dan Mizz Nina tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya.

Ads

MH Online juga doakan agar Noh Dan Mizz Nina sentiasa berjaya dalam karier masing-masing. Soal cahaya mata, serahkan sahaja kepada Tuhan, pasti ada rezekinya nanti.

Sekiranya anda ada tips untuk memudahkan kehamilan, bolehlah kongsi di ruangan komen.

Ads

Jom Admin belanja lagu Noh yang berjaya mencuri hati warga seberang, Indonesia :

Hati Noh Salleh Terusik Bila Ditanya Soal Anak

Sumber : mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI