Berita

“Hati Saya Hancur,” – Ibu & Kakak Mariah Carey Meninggal Dunia. Hembus Nafas Terakhir Pada Hari yang Sama

Share

Khabar terbaharu dari Hollywood, Mariah Carey telah berkongsi kepada media tentang ibu serta kakaknya yang meninggal dunia pada hujung minggu lalu.

“Hati saya hancur apabila saya kehilangan ibu pada penghujung minggu lalu. Apa yang lagi menyedihkan dan tragis, kakak saya juga meninggal dunia pada hari yang sama,” ujarnya kepada wartawan.

Biarpun begitu, pelantun lagu My All ini bersyukur kerana sempat meluangkan masa bersama ibunya, Patricia Carey sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir.

Mariah bersama ibunya, Patricia.

“Saya rasa bersyukur kerana saya dapat meluangkan masa pada minggu akhir sebelum ibu meninggal dunia. Saya juga menghargai kasih sayang dan sokongan anda semua terhadap privasi saya dalam masa sukar ini,” sambungnya lagi.

BACA JUGA: Selepas Hantar Ke Pusat Jagaan Orang Tua, Mariah Carey Jual Rumah Ibunya Kerana Sudah Lama Terbiar

Seperti yang pernah dikongsikan dalam memoirnya sebelum ini, hubungan Mariah bersama ibunya tidak selalu indah. Namun mereka masih memiliki rasa hormat antara satu sama lain dan kekal berhubung.

Alison bersama Mariah ketika majlis perkahwinan adiknya itu.

Walau bagaimana pun hubungan Mariah sangat berbeza dengan kakaknya, Alison Carey.

Mariah menyatakan dalam buku memoirnya yang hubungan mereka tidak begitu baik dan adalah lebih selamat untuk dirinya untuk tidak berhubung dengan kakaknya secara emosi mahu pun fizikal.

Imbas kembali, Mariah carey merupakan anak bongsu kepada pasangan Alfred Roy Carey dan Patricia Carey. Selain kakanya Alison, Mariah turut memiliki seorang abang bernama Morgan Carey. Ibu bapanya bercerai pada 1973 ketika dia berusia 3 tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen