Penyanyi, Ziana Zain mengingatkan para anak gadis untuk tidak membelakangi ibu bapa dalam apa juga perkara yang ingin dilakukan di dalam hidup termasuklah soal percintaan.

Menurut Ziana, ibu bapa sudah lebih dahulu makan garam dan mereka tahu apa yang terbaik buat anak-anak.

“Hati Wanita Lembut, Mudah Jatuh Cinta,” – Jangan Belakangi Ibu Bapa & Agama, Ini Nasihat Ziana Zain Buat Anak Gadis

“Saya faham yang wanita ini hatinya lembut dan mudah jatuh cinta. Jadi, berhati-hatilah dan sentiasa jadikan ibu bapa itu sebagai penasihat yang kita kena dengar.

“Mereka hidup lebih lama daripada kita dan telah menyaksikan pelbagai perkara. Jangan pandang remeh apa yang orang tua-tua cakap. Sama juga dengan adik beradik,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun yang ke-56, baru-baru ini.

Ads

“Hati Wanita Lembut, Mudah Jatuh Cinta,” – Jangan Belakangi Ibu Bapa & Agama, Ini Nasihat Ziana Zain Buat Anak Gadis

Katanya lagi, banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke hubungan yang lebih serius.

“Sebelum berkenalan, tengok dan kaji dahulu siapa latar belakangnya dan keluarganya. Memang jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi nasihat orang tua jangan diketepikan.

“Jangan pula kita kata zaman sekarang ini ibu bapa tidak tahu apa-apa. Bukan begitu. Tiada dahulu, tiada sekarang.

Ads

“Kalau tiada pengalaman dahulu, orang sekarang tidak akan tahu apa-apa,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut mengingatkan anak-anak untuk tidak melampaui batas dan menjadikan agama sebagai panduan.

“Hati Wanita Lembut, Mudah Jatuh Cinta,” – Jangan Belakangi Ibu Bapa & Agama, Ini Nasihat Ziana Zain Buat Anak Gadis

Ads

“Saya pun tak berani nak cakap panjang kerana saya juga ada anak-anak. Pesan saya satu sahaja kepada mereka, jangan melakukan perkara yang melampaui batas.

“Sentiasalah jadikan agama itu sebagai panduan. Mereka masih boleh bergembira dengan kawan-kawan atau menonton live band tapi kena tahu batas.

“Saya seorang penyanyi dan dahulu pun saya suka menonton live band tapi bila cukup masa, saya balik. Kena tengok siapa kawan dan lawan.

“Kalau orang nak bagi barang tidak senonoh, jangan ikut. Jangan peduli kalau orang kata kita tak sempoi atau tak cukup perempuan. Kalau ia membawa kepada keburukkan, tak usah ikut,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI