Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin relevan dalam industri apabila mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan penyampai radio pula.
Namun, sebagai seorang selebriti dan public figure meskipun Hawa tidak pernah gagal untuk sentiasa tampil cantik samada di hadapan kaca televisyen mahupun di khalayak umum. Hawa akui bahawa dia juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit seperti wanita lain di luar sana!
Resdung Punca Hawa Ada Masalah Whitehead!
Siapa kata bila bergelar selebriti je wajah bebas dari masalah kulit? Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Hijabista sempat bertanyakan tip yang diaplikasikan Hawa untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
Ads
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Sekarang Dah Moden, Ada Produk Yang Khusus Untuk Keluarkan Whitehead – Hawa
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
Ads
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepastu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah. Maka mengapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Krisdayanti merupakan figura popular yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Baru-baru ini penyanyi dan juga ahli politik terkenal Indonesia ini telah menyambut majlis istimewa ‘Tedak Siten’ untuk cucu sulungnya, Ameena Hanna Nur Hatta.
Ameena merupakan cahaya mata pertama anak sulungnya, Aurel Hermansyah dan menantu, Atta Halilintar. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai acara tersebut adalah penampilan mereka sekeluarga yang kelihatan sajak dalam persalinan rona jingga.
Persalinan tradisi seperti baju melayu dan kebaya menjadi pilihan. Krisdayanti yang tidak pernah kalah bergaya tampil menawan bagaikan puteri keraton dalam persalinan kebaya renda siap dengan perincian riben besar dan dipadankan dengan kain batik motif jawa.
Majlis Tedak Siten merupakan satu majlis sempena usia bayi mencecah bulan ke tujuh atau lapan. Tedak bermaksud melangkah, manakala siten atau siti bermaksud tanah atau bumi. Jadi secara literalnya, tedak siten bermaksud sedang memijak bumi.
Upacara ini bertujuan sebagai bentuk penghormatan kepada bumi, yang mana kanak-kanak mula belajar berjalan. Selain itu, tedak siten diwarisi turun temurun sebagai harapan ibu bapa agar anak itu bersedia dan berjaya dalam memijak kehidupan apabila membesar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kridsayanti, Instagram Aurelie Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsikan momen istimewanya bersama suami tercinta, Raf Yaakob bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Lengkap mengenakan persalinan sedondon merah, pasangan selebriti ini dilihat meraikan hari bahagia dalam suasana makan malam yang penuh romantik.
Malah, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut menitiskan air mata kerana tersentuh atas kejutan yang diberikan Raf.
“Genap 3 tahun kite berumah tangga Radenku. Happy 3 years anniversary Cinta hatiku.
“Tadi dah wish mcm2 kan.. hehe.. JazakALLAHu khaira papalove. Kali ini dpt surprise mmg die punye tersentuh tu, lain macam. Air mata x stop tadi.
Sementara menerusi satu hantaran lain, Mawar turut mendedahkan rupa cincin tunang dan kahwinnya sebagai pengikat kasih sayang.
“Lama x pakai wedding ring & engagement ring. Beg ni hadiah dari hubby dulu2 masa g London.. anje doa moga rezeki abg limpah2 @rafyaakob,” harap Mawar.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suana gamat di Axiata Arena, Bukit Jalil bertukar sayu saat penyanyi, Liza Hanim mempersembahkan lagu My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion di pentas akhir All Star Gegar Vaganza.
Emosi yang ditunjukkan oleh Liza sepanjang menyanyikan lagu ini telah berjaya menyentuh hati banyak pihak.
Malah, juri undangan ASGV, Ella turut menzahirkan rasa kagum selain turut menyifatkan Liza bakal mempunyai kerjaya nyanyian yang lebih baik selepas ini.
“Wow, itu persembahan yang sangat hebat. Saya kagum dengan lontaran rasa dan emosi. Saya juga beremosi.
“Saya merupakan peminat awak. Semoga malam ini menjadi permulaan karier yang lebih indah untuk awak. Selamat maju jaya untuk kehadapannya.
Sementara itu, Syafinaz pula menyifatkan Liza sebagai salah seorang penyanyi terbaik di Malaysia setakat ini
“Awak adalah salah seorang penyanyi terbaik Malaysia. Itu sahaja yang ingin saya katakan,” komen Syafinaz.
Dalam pada itu, Hetty Koes Endang pula menyifatkan persembahan Liza mempunyai kualiti seorang juara
“Kamu layak jadi juara menurut saya. Geprek,” kata Hetty.
Pada malam ini, Liza juga bakal beduet dengan Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup.
Manakala di pusingan battle pula, Liza bakal berentap bersama Siti Nordiana, Jaclyn Victor dan Tomok menerusi lagu Let’s Kill This Love.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.