Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan akui berbesar hati selepas diberi kepercayaan mengisi kerusi yang sudah lama dikosongkan selaku hos tetap bagi program Meletop bersama Nabil Ahmad.
Hawa menganggap peluang ini sebagai satu lagi cabaran baharu di dalam kerjayanya di kaca TV.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.
“Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.
“Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula, kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Hawa akui ada kalanya dia berasa gementar untuk menyandang tanggungjawab yang ditinggalkan oleh selebriti popular, Neelofa itu.
Ads
“Bila pertama kali diundang sebagai hos jemputan, sejujurnya saya agak risau ditambah pula bila ada penonton di studio. Rasa seram sejuk memang ada.
“Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton sudah sinonim dengan keserasian Neelofa dan Nabil.
“Malah, hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tekanan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan peluang ini,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pembaca berita, Buletin Utama ini turut berharap tidak membandingkan dirinya dengan bintang itu seperti mana yang pernah berlaku sewaktu diawal kemunculannya di dalam industri ini.
“Ada yang kata saya dapat sesuatu kerja itu kerana muka saya sama seperti beliau. Saya graduan kewartawanan dan saya memang sudah lama berhasrat untuk bekerja di bidang ini tanpa ada perancangan untuk menjadi orang lain.
“Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.
Ads
“Apapun, saya tetap bersyukur bila perkara seperti ini berlaku walaupun perit bila selalu dibandingkan. Asalkan diri sendiri, keluarga dan orang terdekat tahu saya jadi diri sendiri, itu sudah memadai.
“Ingin saya tegaskan disini, apa sahaja yang saya lakukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hawa telah diperkenalkan secara rasmi selaku pengacara baharu program hiburan itu, sebentar tadi.
Semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Mizz Nina meminta pertolongan orang ramai untuk sama-sama membantu mengesan sepupunya yang hilang baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, turut memuat naik flyer yang mengandungi maklumat mengenai sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
“Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Jika anda pernah ternampak dia, sila hubungi nombor telefon di flyer.
“Tolong sebarkan dan semoga Allah permudahkan. Amin,” tulis Nina.
Penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel di bandar Buenos Aires, Argentina.
Petik TMZ, kejadian dilaporkan berlaku pada petang Rabu, waktu tempatan.
Sehingga kini, belum ada keterangan terperinci mengenai berita kematian bintang itu daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, khabar tersebut yang nyata mengejutkan para peminatnya menjadi sorotan di media sosial ketika ini.
Liam Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne dilahirkan di Wolverhampton, England dan mendiang mula meniti puncak populariti sejurus menyertai program realiti, The X Factor pada tahun 2008.
Dua tahun selepas percubaan pertamanya itu, dia sekali lagi mencuba nasib untuk bergelar penyanyi pada usia 16 tahun dan diserapkan bersama empat peserta lain, iaitu Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik.
Kelima-lima mereka dikenali sebagai One Direction sekaligus berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan berkenaan.
Antara lagu popular One Direction termasuk What Makes You Beautiful, Gotta Be You, One Thing dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Foto: Instagram Liam Payne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...