Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.

Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan tema penting berkaitan pengurusan mental dan emosi dalam menghadapi dugaan hidup.

Tahun ini Suria FM berkolaborasi dengan Yaya Empire Perfume untuk menghasilkan sebuah naskhah yang menyentuh hati, membawa penonton menyelami perjalanan jiwa penuh liku dalam usaha memaafkan diri dan menemukan kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

Kisah Hayati bermula dengan sebuah kemalangan tragis pada malam raya yang mengubah kehidupan beberapa individu.

Dalam perjalanan mereka menerima kenyataan, batas antara realiti dan imaginasi menjadi kabur, mencetuskan konflik dalaman yang mendalam.

Setiap watak perlu berhadapan dengan perasaan bersalah, mencari keberanian untuk memaafkan diri, dan akhirnya menemukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan harapan baharu.

‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan

Ads

‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan

‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan

Produksi Terbesar

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Hayati antara projek terbesar yang pernah diterbitkan oleh stesen itu dari segi skala produksi dan tempoh penggambaran.

“Idea dan skrip Hayati mula digarap sejak September 2024 dan dipersetujui oleh Yaya Empire pada November 2024. Selain barisan penyampai Suria FM, drama raya ini turut dibintangi oleh pelakon popular seperti Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Cik Man, Anas Ridzuan, dan Hawra Jamalullail.

“Turut memeriahkan drama ini adalah penyanyi Ara Johari, Adam ZBP, serta pempengaruh popular Mia Azahar. Lebih istimewa, pengasas Yaya Empire Perfume, Puan Nadia Mat Isa, turut membuat kemunculan khas,” katanya.

Ads

Drama ini menjalani penggambaran selama tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan sebahagian besar babak dirakam pada waktu malam hingga awal pagi.

“Walaupun berdepan pelbagai halangan, tenaga produksi tetap komited, dengan lebih daripada 100 individu terdiri daripada pelakon dan kru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” tambah DJ Lin.

Drama raya Hayati ditayangkan di Facebook Suria FM dan YouTube Suria TV sejak 20 Mac lalu.

‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan ‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan ‘Hayati’ Drama Raya Sarat Emosi & Papar Isu Kesihatan Mental, Jadi Projek Terbesar Pernah Diterbitkan

Sarat Nilai Murni

Pengasas Yaya Empire Perfume, Puan Nadia Mat Isa, turut berkongsi keterujaannya dalam bekerjasama dengan Suria FM untuk drama raya tahun ini.

Ads

“Sebagai individu yang menghargai seni dan budaya, saya tertarik untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana komitmen mereka dalam menghasilkan hiburan berkualiti yang penuh nilai murni.

“Tema Sebuah Perjalanan Jiwa dalam drama ini memberi peluang unik kepada saya untuk menyumbang kepada pengalaman hiburan yang bermakna, khususnya pada musim perayaan.

“Saya berharap Hayati bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberikan impak mendalam kepada penonton dengan mesej berkaitan kekeluargaan, emosi, kehilangan, dan kasih sayang yang sering menjadi inti pati Hari Raya.

“Semoga drama ini dapat merapatkan jurang antara generasi dan terus menjadi ingatan bukan sahaja di musim perayaan, malah sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, lagu Pentas Sandiwara nyanyian Fugo turut diangkat sebagai lagu tema rasmi.

Sehingga kini, karya berkenaan sudah pun menerima hampir 85,000 tontonan selepas empat hari ditayangkan di YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI