Uncategorized

Hazami Mohon Peminat Bertenang, Tak Perlu Marah Lan

Share

Pentas Gegaar Vaganza musim keempaat (GV4) telah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu dan penyanyi terkenal, Aishah diumumkan sebagai juara musim ini.

Tempat kedua milik Liza Hanim dan tempat ketiga dimenangi oleh Lan Solo namun begitu ramai pihak yang mempersoalkan kemenangan Lan yang menewaskan Hazami yang mendapat tempat keempat.

Hazami seperti yang dipetik memohon para peminat menerima keputusan yang telah ditentukan pihak juri dan anggap sahaja dia tiada rezeki untuk mendapat tempat tiga teratas pada malam final tempoh hari.

“Tak perlu marah, bertenang dan bersabar semua. Tuhan dah tulis malam ini bukan rezeki saya untuk berada dalam tiga teratas.

 

“Saya hormati pandangan peminat. Itu hak mereka untuk bercakap. Tapi kita perlu terima keputusan juri dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka,” katanya kepada mStar Online.

Tambah penyanyi Sonata Musim Salju ini lagi, dia berpendapat ketiga-tiga pemenang di tempat pertama hingga ketiga memang layak kerana sudah banyak menempuhi pelbagai dugaan sepanjang pertandingan tersebut.

“Saya tahu perjalanan cerita tiga pemenang ini dan mereka telah melalui banyak dugaan dan ujian.

 

“Jadi mereka memang layak untuk menang, mereka sangat hebat dan berbakat,” katanya.

Terdahulu, markah bagi setiap peserta pada pentas akhir GV4 mendapati, markah Hazami dan Lan hanya berbeza dengan 0.04% sahaja.

1. Aishah – 81%
2. Liza Hanim – 79%
3. Lan Solo – 70.4%
4. Hazami – 70%
5. Firman Siagian – 69%


6. Tia Jinbara – 66%

Apa pun, sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Diharap semua pihak diluar sana dapat menerima keputusan juri profesional dengan hati yang terbuka.

Sumber: Mstar Online

Published by
Izzati Ramli