Bekas pengacara Muzik-Muzik, Haziq Hussni diumumkan sebagai pengacara Melodi terbaharu bergandingan bersama Ain Edruce.
Haziq membuat kemunculan pertamanya dalam program Melodi pada tengah hari Ahad tadi, bersiaran langsung di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, berkata impiannya untuk mengendalikan program nombor satu itu akhirnya tercapai.
“Alhamdulillah, rezeki saya untuk join team Melodi. Saya rasa berbesar hati dapat mengacarakan Melodi, program hiburan nombor satu.
“Pengacara mana yang tak nak hoskan Melodi, ia ibarat satu cita-cita yang sudah berjaya saya capai sejak menceburi bidang pengacaraan,” katanya kepada MH.
Bercakap mengenai gandingannya bersama Ain Edruce, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata dia teruja dengan kerjasama itu memandangkan memang berkawan baik dengan Ain.
Ads
“Melodi merupakan program pertama yang menggandingkan saya dengan Ain.
“Dapat pula partner yang gila-gila, memang tak susah nak cari keserasian sebab memang kami berkawan baik daripada dulu.
“Kami masing-masing tahu bagaimana cara untuk saling memberi dalam menyampaikan cerita dalam Melodi.
“Harapnya gabungan kami berdua dapat diterima ramai,” kata Haziq lagi.
Ads
Sementara itu, penerbit eksekutif Melodi, Mohd Jamil Hassan berkata pemilihan Haziq dilihat tepat bagi menarik minat penonton Melodi.
“Haziq merupakan pilihan yang tepat sebab pengalaman hosting yang dia ada.
Ads
“Kami gandingkan Haziq dengan Ain agar dapat menceriakan lagi cara penyampaian cerita supaya more lively, sebab itu kami wujudkan dua hos.
“Saya percaya gandingan mereka ini relevan dengan selera penonton Melodi,” katanya.
Sebelum Ain dan Haziq mengambil tempat, hos Melodi diterajui pelakon Nabila Huda yang kontraknya tamat pada Mei lalu.
Melodi sebelum ini pernah dihoskan ramai pengacara popular seperti Ogy Ahmad Daud, Fara Fauzana, Zizan Razak, Awal Ashaari dan Janna Nick.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea akui dirinya tidak terkejut andai ada foto daringnya diperkatakan hingga mencetuskan tular di media sosial selepas ini.
Ini kerana, bintang berusia 21 tahun ini lebih selesa menjadi diri sendiri, jauh sekali untuk bersikap hipokrit.
“Jujurnya saya tidak terkejut sebab lebih baik untuk orang di luar sana mengenali siapa diri kita yang sebenarnya daripada ‘kantoi busuk-busuk’ je.
“Kalau sudah kantoi begitu, lagilah malu. Saya lebih selesa andai orang tahu, inilah Scha Elinnea. Macam mana dirinya dalam Instagram, begitulah dia seadanya di luar.
“Akan tetapi, kita tidak boleh menilai atau berburuk sangka terhadap seseorang individu itu daripada apa yang dipakainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Scha ditemui di lokasi penggambaran drama 26 episod, Juliet terbitan Zeel Productions yang bakal ditayangkan September depan.
Bercakap mengenai kritikan yang diterimanya atas penampilannya yang berani, Scha atau nama lengkapnya, Azleena Natasha Mubeen tidak mahu ambil pusing selagi ia tidak membabitkan hal peribadi.
“Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.
“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya lagi.
Foto: Instagram Scha Elinnea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida memilih untuk memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran Hero Remaja 2017 dan 2020 untuk tampil di dalam drama terbaharu terbitannya, Ustazah Biker yang kini dalam penggambaran.
Antara bakat muda yang hadir dalam sesi ujibakat dan terpilih membintangi drama arahan Lizam Togil itu termasuk Alif Muhaimin, juara Hero Remaja 2017 yang mendukung watak sebagai Danny, antara watak utama di dalam drama berkenaan.
Tiga muka baru lain ialah Azim Yusof, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham yang merupakan finalis Hero Remaja 2020.
Mereka terdahulu melalui uji bakat yang dijalankan minggu lalu, sekali gus ditawarkan peranan bersesuaian dengan pengalaman masing-masing.
“Rata-rata yang terpilih masih lagi ‘hijau’ dalam selok-belok dunia lakonan. Namun, saya ingin beri mereka peluang untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.
“Masing-masing mempunyai pakej yang lengkap sebagai pelakon. Saya enggan menyekat minat dan tidak mahu mereka dilupakan selepas program terbabit tamat.
“Siapa tahu drama ini membuka jalan yang lebih luas buat mereka untuk terus terbang lebih jauh dalam bidang lakonan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mengakui industri seni perlukan pelapis muda kerana kebanyakan pelakon lelaki dan wanita yang sedia ada sudah berkahwin.
“Industri seni perlukan bakat baharu yang lebih muda untuk menghiasi kaca TV. Ditambah, kalau dilihat kebanyakan stesen televisyen menggunakan wajah pelakon sama.
“Malah rata-rata pelakon utama yang ada sekarang sudah berkahwin dan mempunyai pendirian tertentu seperti tidak mahu melakukan beberapa adegan yang patut dilakukan dalam drama,” katanya.
Ustazah Biker yang turut menampilkan Hazman, Chacha Maembong, Watie Sadalu dan Rosnah Johariitu bakal menemui penonton tidak lama lagi di saluran Salam HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, di panggung meriah dengan pelbagai filem mengenai superhero dan negara barat memang terkenal dengan superhero mereka yang dikagumi ramai.
Superhero Marvel antara yang menjadi kegilaaan anak remaja dahulu dan sekarang. Semua ini bermula daripada komik tetapi impaknya terbawa-bawa sehingga ke dunia sebenar.
Ramai yang menjadikan superhero sebagai idola oleh kerana selalu digambarkan sebagai seorang yang hebat, kacak dan gagah perkasa. Tapi pernah tak terfikir bagaimana superhero diciptakan dulu-dulu sebelum timbul design yang canggih kini.? jom tengok
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.