Pengacara dan pelakon, Hazman Al-Idrus sah menjadi suami kepada pengacara Tiaz Al-Khred pada tarikh istimewa, 2 Februari 2020.
Pasangan ini memilih majlis bertemakan Arabian untuk majlis pernikahan dan resepsi.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya secara sah menjadi suami kepada @tiaz_alkhred,” tulisnya beserta tanda palang #HazTiaz @haztiaz_official beserta kredit.
Pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah melabuhkan tirai pada Ahad malam.
Penyanyi, Ernie Zakri merupakan antara 12 finalis yang telah berjaya mara ke pentas akhir AJL34 yang turut bersiaran langsung di saluran televisyen TV3.
Selain beberapa persembahan lainnya, Ku Bersuara yang disampaikan Ernie turut mendapat perhatian ramai seterusnya menjadi perbualan hangat.
Rata-rata netizen memuji persembahan bintang vokal lunak itu yang dikatakan hebat dan memukau.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu tidak ada rezeki, gagal memenangi sebarang kategori di pentas berprestij tahunan itu.
Menerusi entri terkini Ernie di akaun Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakaria ini ada memberi dedikasi serta ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini Ernie ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat untuk persembahan Ernie di AJL34. Terima kasih terutamanya kepada penyokong2 yang tidak jemu mengundi sehingga lagu ini layak ke SEMI FINAL.
“Thank you so much Ernienators dan penyokong yang lain. Thank you so much kepada ROCKETFUEL TEAM kerana mempercayai apa yang Ernie ingin sampaikan di pentas AJL.
“Untuk mereka2 yang berada disamping Ernie throughout this journey, terima kasih tidak terhingga. You know who you are. #GlamSquad
“Buat composers lagu ini, terima kasih kerana sudi memberi melodi dan cerita yang indah untuk saya sampaikan kepada pendengar. Singing about my stories, my own personal stories to everyone, that’s my art.
“Apa yang saya pohonkan ketika saya bertanding di AJL34 ini adalah kasih sayang pendengar dan penonton. Alhamdulillah Allah swt kabulkan. I received so much love today.
“This is me, this is Ernie. Doakan saya untuk menyanyi dengan lebih baik, menghasilkan karya2 yang lebih baik untuk masa akan datang.
“Moga sentiasa ada peluang dan ruang untuk saya perbaiki diri. Tahniah kepada semua pemenang AJL34. Semoga industri ini sentiasa mekar dan terbuka dalam menerima kelainan seseorang pengkarya.
“Buat mereka yang masih mencari arah, keep doing what you LOVE. Keep believing in yourself. Keep being YOU. Be a better version of YOURSELF. Never stop creating. Don’t stop making art. Please do not QUIT. I’ll be here always, creating MY ARTS. Inshaallah, thank you for all the wishes and doa. Assalamualaikum,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, menerusi lagu Aku Cinta Ernie dan rakan duet Syamel pernah memenangi kategori vokal terbaik di pentas AJL32 lalu.
AJL34 menobatkan Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai juara utama, Jatuh Bangun di tempat kedua sementara Anta Permana di kedudukan ketiga.
Hafiz Suip pula unggul menerusi dua kategori, iaitu Persembahan dan Vokal Terbaik.
Foto: Instagram Ernie Zakri, TV3Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengakui dirinya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian khasnya, lebih-lebih lagi selepas pemergian bapa tercinta, Osman Naiyuni @ Maiyuni lebih 10 tahun lalu.
Menurut Ani, bapanya merupakan antara individu penting yang selama ini menjadi tulang belakang buat dirinya sepanjang pembabitan di dalam dunia seni.
Katanya lagi, selepas pemergian bapa, dia seolah-olah hilang semangat, terutamanya ketika membuat persembahan di atas pentas.
“Setiap kali membuat persembahan, pasti saya akan tercari-cari bayangannya. Sebab dia merupakan semangat saya. Saya menjadi penyanyi sehingga ke tahap ini pun adalah disebabkan dia.
“Saya bukan seorang yang kuat seperti yang anda nampak tetapi kekuatan itu hadir kerana dia. Kalau diikutkan perasaan, rasanya dah lama saya jatuh. Tetapi arwah selalu berpesan ‘hang adalah bapak dan bapak adalah hang’.
“Saya sebenarnya tak suka untuk bercerita mengenai soal ini. Rasa nak berhenti menyanyi tu memang dah ada tetapi suami selalu bagi semangat untuk sentiasa ingat pesan arwah bapak,” katanya kepada MH.
Ani yang dilihat tidak dapat menahan sebak berkata sedemikian di konsert minggu kedua, Gegar Vaganza 8 (GV8), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Dalam pada itu, Ani turut menyifatkan semangatnya kini untuk beraksi di atas pentas turut dirasakan agak berbeza berbanding ketika arwah bapanya masih lagi ada di sisi.
“Dia merupakan orang yang membawa saya ke sana dan ke sini. Dia bawa saya ketika saya masuk Bintang HMI dan Asia Bagus. Daripada album kumpulan sampailah solo dia ada bersama saya.
“Di atas pentas orang nampak saya ceria, tetapi dalam hati sebenarnya tidak. Saya tercari-cari bayangan dia. Kalau saya berada di atas pentas dan nampak dia ada di bawah, keyakinan saya memang berbeza.
“Saya tahu arwah bapa memang dah lama tiada tetapi jiwa dia sentiasa ada dekat dengan saya,” jelanya lagi.
Ditanya sejauh mana tekanan yang diterima sepanjang menyertai GV8, ini reaksi yang diberikan;
“Memang terasa sangat tekanannya. Kalau dulu saya masuk pertandingan apa sekali pun, jika dia ada bersama, apa jua tentangan pasti saya boleh tempuhi. Dia yang selalu pilihkan lagu, baju dan uruskan semuanya.
“Bila bertanding di pentas sebesar ini, saya mencari-cari semangat yang selalu ada itu. Saya agak ‘lost’ sebenarnya sejak daripada minggu pertama lagi.
“Walaupun suami selalu bagi semangat tapi perasaannya tak sama. Saya ni seorang yang sangat over confident satu ketika dahulu tapi sekarang saya jadi takut nak mencuba. Pergerakan tu macam tersekat. Itulah yang saya rasai ketika ini,” akhirnya.
Semalam, Ani membawakan lagu, Selangit yang dipopularkan oleh penyanyi Mas Idayu dan minggu hadapan pula, Ani diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) nyanyian asal Datuk Nora Ariffin.
Semalam, pihak juri telah pun bersepakat untuk tidak mengadakan sebarang penyingkiran.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aliff Syukri malam tadi ada memuat naik satu posting di Instagram yang membayangkan penjaga sebenar kepada anak angkatnya, Qayyum mahu mengambil kembali anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Menerusi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps yang dikongsi, individu berkenaan dikatakan mahu mengambil Qayyum pada minggu depan, Jumaat.
“Kenapa tak ambil sekarang je kan senang sikit saya. Macam saya buat bisnes pusat penjagaan baby pula.
“Awak tak nak baby awak kasi saya dan bila saya dah banyak habis masa dan duit awak nak baby tu awak ambil.
“Saya dapat apa? Kalau macam tu cepatlah ambil nanti lagi banyak benda saya rugi dan terus tertekan dan lagi banyak saya kena kutuk,” tulis Aliff.
Sebelum ini kecoh mengenai individu yang difahamkan sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan mahu menjaga anaknya kembali kerana kononnya, pasangan usahawan itu tidak menjaga anaknya dengan baik.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan mereka selepas viral sepotong video yang mendakwa salah seorang orang gajinya telah melayan Qayyum secara kasar saat diminta bergambar.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.