Hazman Al-Idrus Dan Tiaz Al-Khred Selamat Diijabkabul Dengan Sekali Lafaz, Pilih Tarikh 2 Februari 2020

Share

Pengacara dan pelakon, Hazman Al-Idrus sah menjadi suami kepada pengacara Tiaz Al-Khred pada tarikh istimewa, 2 Februari 2020.

Pasangan ini memilih majlis bertemakan Arabian untuk majlis pernikahan dan resepsi.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya secara sah menjadi suami kepada @tiaz_alkhred,” tulisnya beserta tanda palang #HazTiaz @haztiaz_official beserta kredit.

Pasangan ini turut berkongsi foto pra perkahwinan di laman Instagram.


Tahniah MH ucapkan buat kedua mempelai.

Foto : Instagram Hazman Al-Idrus

Published by
Noraini Abd Wahab