Kumpulan kpop terkenal dunia, BTS membuktikan keunggulan mereka apabila memenangi trofi Kumpulan Terbaik menerusi anugerah Video Music Awards (VMA 2022) yang diadakan di Prudential Center, New Jersey, Amerika Syarikat pada awal pagi Isnin.
BTS telah memenangi trofi tersebut selama empat tahun berturut-turut dan menjadikan mereka penerima terbanyak untuk kategori berkenaan.
Menerusi kategori itu, BTS yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook menewaskan pencabar lain iaitu Blackpink, Foo Fighters, Imagine Dragons, Red Hot Chili Peppers, Maneskin, Silk Sonic dan City Girls.
Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa berjaya membawa pulang trofi Best Kpop menerusi singlenya, Lalisa.
Penyanyi British, Harry Styles pula meraih trofi Album Terbaik menerusi Harry’s House dan Lagu Pop Terbaik bagi single popularnya, As It Was.
Taylor Swift tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya merangkul tiga trofi iaitu Video Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Pengarahan Video Muzik Terbaik bagi MV All Too Well.
Band rock ikonik Amerika, Red Hot Chili Peppers pula menerima pengiktirafan tertinggi iaitu Ikon Global serta Rock Terbaik menerusi lagu Black Summer.
Senarai Penuh Pemenang Video Music Awards 2022:
Muzik Video Terbaik: Taylor Swift: “All Too Well” (10 Minute Version) (Taylor’s Version)
Artis Terbaik: Bad Bunny
Lagu Terbaik: Happier Than Ever – Billie Eilish
Artis Baharu Terbaik: Dove Cameron
Kolaborasi Terbaik: Lil Nas X, Jack Harlow: “Industry Baby”
Lagu Pop Terbaik: As It Was – Harry Styles
Lagu Hip Hop Terbaik: Nicki Minaj ft. Lil Baby: “Do We Have a Problem?”
Lagu Rock Terbaik: Black Summer – Red Hot Chili Peppers
Lagu R&B Terbaik: The Weeknd: “Out Of Time”
Lagu KPop Terbaik: Lalisa – Lisa Blackpink
Kumpulan Terbaik: BTS
Sinematografi Terbaik: As It Was – Harry Styles
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.