Umum mengetahui, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang aktif melakukan aktiviti riadah serta bersukan seperti berbasikal, kick boxing dan latihan gimnasium.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Siti memaklumkan dia baru sahaja selesai memperbaharui lesen menembak.
Malah, penyanyi lagu Anta Permana ini juga telah menyertai pertandingan menembak amal yang dianjurkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
“Semalam perbaharui lesen menembak dan pertandingan menembak amal. Bila dapat arahan kena tembak (license plate merah) dari Tuan OCPD, saya pun menurut perintah tuan,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan itu juga, Siti dilihat berjaya menembak tepat ke arah sasaran.
Bagaimanapun, Siti reda menerima keputusan meskipun tewas ditangan pasukan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak patah semangat, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berazam untuk cuba menewaskan suaminya itu pada masa akan datang.
“Tapi tak boleh lawan Dato K la. Team dia menang semalam. Ada lagi waktu kita boleh lawan balik,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain menyifat Siti sebagai yang serba boleh.
“Kak Iti power gila.
“Hebatnya Tok Ti. Apa sahaja yang dia tak boleh buat?
“Okay hebat. Empat plate jatuh. Bukan biasa-biasa ni.
“Menembak pun lawa. Penat la kita macam ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.