Hebatnya! Lelaki Nigeria Pun Menangis Tonton Drama Lakonan Fizo Omar

Share

Teruja apabila ditegur lelaki dari Nigeria yang mengakui peminat nombor satu, Fizo Omar buka cerita di laman Instagram miliknya.

Jelas Fizo, dia disapa lelaki yang dikenali sebagai Kelvin yang mengakui gemar melayan drama Melayu di televisyen.

Malah lelaki berkenaan juga dikatakan mampu menceritakan secara terperinci tiap butir babak lakonan Fizo.

“Cerita pagi masa pg gym n swimming.suddenly Mr. Kelvin @sirbillykelz from Nigeria approached me, hye Mr Omar im so excited to see u, im ur big fan!

“Terkejut plk aku mcm mne dia blh kenal aku kan.rupa nya dia ni dah bertahun stay kat KL n memang kaki layan drama melayu.dia cter siap nangis2 lagi everytime tgk drama.hah kau jgn disangka badan sado dlm hati xde taman yea.

“Siap blh cter scene by scene lg setiap drama yg aku berlakon. Tqvm brother kelvin for ur support!.

Dia pun xsabar nak tgk drama #adelleasofea bermula ptg ni di slot #akasia @tv3malaysia@dramasangat,

” tulisnya yang turut berkongsi rakaman Kelvin berbicara dalam bahasa Melayu.

Bukan kaleng-kaleng peminat Fizo, menonton drama Melayu sehingga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Foto : Instagram Fizo Omar

Published by
Noraini Abd Wahab