Tidak dinafikan sukar rasanya menghulur sesuatu milik kita, khuatir jika tidak mencukupi untuk kegunaan sendiri.

Namun perkongsian Heliza Helmi ini cukup bermakna, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Ulasnya, memberi tidak akan sesekali mengurangkan harta, malah ia akan membuka pintu rezeki yang lain.

“Kita ni tidak akan merasa ragu-ragu atau rasa khuatir, ataupun rasa macam susah hati untuk memberi kalau kita faham 2 perkara ini.

“Satu adalah bila kita tahu bahawasanya bila kita memberi itu tidak akan sesekali mengurangkan pun harta kita ataupun apa-apa yang ada pada diri kita.

Ads

“Kalau kita yakin apa yang Nabi kata, malah Allah akan buka lagi pintu-pintu yang lain ataupun lebih bertambah rezeki dan sebagainya,” tulisnya.

Malah ramai yang masih belum mengerti sebenarnya sedekah adalah untuk kepentingan diri sendiri sebagai saham di akhirat kelak.

“Yang kedua pula, ini lebih ‘deep’, di mana kita bagi contoh, kita bagi dekat masjid, dekat orang susah, dekat anak yatim dan sebagainya, sebenarnya bukan kita bagi kat dia orang pun.

Ads

“Tetapi yang kita bagi adalah untuk Allah. Untuk Allah itu adalah untuk diri kita. Untuk kita penuhkan tabung akhirat. So di situ sacrifice, satu pengorbanan yang Allah lebih nilai berbanding amount yang dia bagi.

“Mudahkan urusan orang lain itu, Allah akan mudahkan urusan kita dunia akhirat. So kenapa kita rasa macam nak berfikir-fikir nak bagi, sedangkan yang kita bagi tu, kita tengah tolong diri kita. Bukan tolong orang semata-mata tapi kita tengah tolong diri kita

Ads

“Itu menyebabkan kita punya motivasi dan juga istiqamah untuk tolong tu akan konsisten, Insyaallah,” katanya menerusi video yang dikongsi.

Sedekah adalah untuk membersihkan harta. Ia tidak sesekali mengurangi harta, sebaliknya menambah berkah dalam kehidupan.

Foto : Instagram Heliza Helmi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI