Saban tahun kita sering dikejutkan dengan berita penderitaan rakyat di Syria, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah belajar untuk memegang senjata demi kelangsungan hidup mereka. 

Dalam kesempatan MH  bertemu dengan penyanyi, Heliza Helmi yang pernah ke Syria dalam satu misi bantuan, dia sempat berkongsi pengalamannya di sana.

Waktu saya berada di salah sebuah hospital di sana, seorang kanakkanak berumur 5 tahun terpaksa menahan kesakitan kerana perut dia terbelah sebab terkena bom barrel.

 

“Untuk yang tak tahu, bom barrel ni dia ada semua benda tajam seperti pisau, gunting, kaca jadi apabila bom itu dilepaskan oleh tentera musuh dan terkena kepada kanak-kanak memang akan terbelah perut mereka,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis berbuka puasa Shopee semalam.

Tambahnya lagi, hospital tersebut tidak mempunyai suntikan bius untuk para mangsa menahan kesakitan apabila doktor mahu menjahit, malah mereka juga tiada peralatan yang sempurna untuk menjahit.

Ads

“Ada seorang lagi budak kecil ni kaki dia terkena bom barrel tu jadi untuk selamatkan dia, doktor terpaksa potong kaki budak tu macam potong kaki ayam.

 

“Waktu tu kami semua tengok budak tu sampai berbuih-buih mulut dia sebab menahan sakit dan ketika itu team kami semua menangis tak kira lelaki atau perempuan sebab betapa dasyatnya ujian dan dugaan yang mereka perlu hadapi,” kongsinya.

Dalam pada itu, Heliza juga berkongsi bahawa dia sangat berharap agar ALLAH SWT mengambil nyawanya di sana.

“Saya berharap sangat ALLAH SWT ambil nyawa saya kat sana dan harap dikurniakan syahid, malah setiap kali saya pergi, saya akan berdoa jika ini yang terbaik untukku, syahidkan aku.

 

“Tapi ALLAH SWT masih panjangkan lagi usia saya, mungkin ALLAH SWT mahu saya berkongsi pengalaman saya dengan semua.

 

“Saya memang teringin sangat-sangat, sampai ustaz pernah berkata kepada saya bahawa Saidina Umar Alkhattab pernah doa nak mati syahid jadi kita juga boleh berdoa nak mati syahid dan minta doa untuk dimatikan syahid di Madinah, itu Ustaz yang ajar,” katanya lagi.

Sementara itu, Heliza juga sempat berkongsi dengan MH pengalamannya berhadapan dengan keadaan yang menakutkan di mana serangan tentera musuh berlaku di hadapannya.

Ads

“Kami pernah terpaksa bersembunyi di dalam liang lahad sebab waktu itu bom sangat dasyat dan kami masuk ke dalam liang lahad yang sangat besar di mana boleh memuatkan beberapa orang dalam satu liang lahad.

 

“Kami bersembunyi dahulu di dalam itu kerana kami sudah tiada tempat sembunyi ketika itu. Tempat itu dah jadi macam padang jarak padang terkukur jadi kami masuk dalam kubur terus.

Katanya lagi, itu adalah pengalaman yang ALLAH SWT berikan kepadanya untuk merasai bagaimana rasanya duduk di dalam kubur.

Ads

“Waktu tu semua orang senyap dan tak bercakap, kalau mati memang dah ada tempat tinggal ketika itu,” katanya lagi.

Tersentuh hati MH mendengar perkongsian Heliza ketika berada di sana. Sesungguhnya kita yang hidup di sebuah negara yang aman ini seharusnya bersyukur hidup yang kita perolehi sekarang ini.

MH doakan saudara Islam kita di sana sentiasa diperlihara daripada kekejaman musuh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI