Penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi ada melawat adik Syifa, yang menderita akibat beberapa penyakit tempoh hari sebelum sambutan Syawal tahun ini.
Menerusi lawatan berkenaan, Heliza dalam rasa sayu, memohon doa ramai agar keadaan kanak-kanak ini akan sembuh seperti sedia kala.
“Sayunya hati melihat keadaan adik Syifa. Menurut bapa Syifa, yang sangat perlukan adalah kepakaran dari pihak Doktor untuk merawat anaknya Syifa, dan beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakyat Malaysia yang membantu.
“Kita doakan sama sama agar, Syifa dapat sembuh seperti sediakala. Mana tahu ada keajaiban dan ada Doktor Pakar boleh merawat Syifa dengan asbab dan izin Allah. Aamiin,” tulisnya.
Terbaru, usahawan Aliff Syukri turut melawat adik Syifa dan turut meminta ramai agar sama-sama berdoa dan menghulurkan bantuan.
Difahamkan, Syifa dilahirkan dengan keadaan buta dan sumbing serta menghidap Hydrocephalus iaitu keadaan di mana lebihan cecair otak berlaku kerana beberapa sebab, antaranya terdapat halangan atau ketumbuhan yang menghalang penyaliran cecair otak secara normal.
Foto: Instagram Heliza Helmi