Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen mereka bersama di media sosial.
Terbaru, Mira ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam.
Pada masa sama, Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya itu ketika di dapur.
Dalam pada itu, pelakon drama, Biadari Kiriman Tuhan itu meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera.
“Yeay habis tulisnya,” tulisnya.
Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta itu.
“Seriously, deliciously good!” kongsinya.
Menjengah pula di laman Twitter, rata-rata netizen dilihat begitu teruja selain turut memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke jannah.
Sumber: Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar