Model yang juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya ada berkongsi  perkembangan kehamilan anak pertamanya.

Dalam usia kandungan yang kini sudah memasuki bulan ketujuh, figura ini tetap kelihatan menawan bak seri ibu mengandung.

Terkini menerusi Instagram, Nurida ada berkongsi foto hitam putih yang dirakam secara sisi. Ia secara jelas menampakkan bahagian perutnya yang kian membesar.

Ads

“Hello third trimester,” tulis wanita berusia 31 tahun ini ringkas pada kapsyen.

Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji penampilan Nurida selain mendoakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan.

Ads

“Hello Trimester Ketiga,” – Sarat Hamil 7 Bulan, Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya Kongsi Foto Hitam Putih. Seri Ibu Mengandung Jelas Terpancar! “Hello Trimester Ketiga,” – Sarat Hamil 7 Bulan, Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya Kongsi Foto Hitam Putih. Seri Ibu Mengandung Jelas Terpancar! “Hello Trimester Ketiga,” – Sarat Hamil 7 Bulan, Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya Kongsi Foto Hitam Putih. Seri Ibu Mengandung Jelas Terpancar!

Terdahulu, dia bersama suami turut berkongsi foto meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

Ads

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur dan mereka dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan, Ogos depan.

Foto: Instagram Nurida Suraya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI