Semalam, portal Mstar ada berkongsi sebuah kisah mengenai seorang usahawan yang telah menghadiahkan wang tunai berjumlah RM25,000 bersempena dengan hari lahir ibunya.

Berita tersebut kemudiannya tular dan menerima komen pelabagai daripada warga maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap video tular ini adalah pelakon, Idris Khan.

Jelas Idris, menggembirakan hati ibu bapa sememangnya menjadi idaman setiap anak-anak namun tidak semua dapat melakukan perkara yang sama kerana rezeki setiap orang itu adalah berbeza.

Jelasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya perbuatan tersebut secara sembunyi dan tidak menunjuk-nunjuk.

Ads

“Hentikan Trend Suka Menunjuk Bagi Cash,” – Rezeki Tiap Orang Berbeza, Ini Permintaan Idris Khan

“Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka, tetapi tidak semua murah rezeki-nya sebegini.

“Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi cash.

Ads

“Simpan untuk diri sendiri cukup. Allah tahu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Idris menerusi ruangan komen di Instagram Mstar.

“Hentikan Trend Suka Menunjuk Bagi Cash,” – Rezeki Tiap Orang Berbeza, Ini Permintaan Idris Khan “Hentikan Trend Suka Menunjuk Bagi Cash,” – Rezeki Tiap Orang Berbeza, Ini Permintaan Idris Khan “Hentikan Trend Suka Menunjuk Bagi Cash,” – Rezeki Tiap Orang Berbeza, Ini Permintaan Idris Khan

Ads

Malah, pelakon drama Asal Dia Bahagia ini turut berharap agar trend suka menunjuk ini dapat dihentikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Idris malah ada juga yang memberikn reaksi sebaliknya.

“Totally agree bro. Tiada anak dI dunia ni yang taknak buat begini. Everyone wish to give the best tapi tak semua orang mmpunyai rezeki sebegini,” luah seorang individu.

“Dan paling tak best ada parents yang cuba compare anak sendiri dengan orang yang boleh hadiahkan parents mereka kereta, bagi duit kepok-kepok. Apa-apa pun moga dipermudahkan rezeki kita semua. Aamiin,” komen individu lain pula.

Sumber: Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI